Sunday, May 10, 2009

Sidang Dun Perak : Pakatan Rakyat gesa Sultan bubar segera DUN

Anna Yusof

IPOH, 8 Mei (SK) : Pakatan Rakyat katanya akan terus berusaha memohon perkenan Sultan Azlan Shah supaya Dun dibubarkan seberapa segera setelah melihat apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional dalam Dun yang membelakangi dan menodai nilai-nilai demokrasi.

“Pihak Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Speaker haram, R. Ganesan. Pakatan Rakyat akan terus berusaha melalui Sultan Perak memohon agar Dun Perak dibubarkan,” kata Menteri Besar Mohammed Nizar Jamaluddin

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri Perak di Ipoh petang selepas sidang Dun semalam.

Beliau juga mendakwa seramai 300 anggota polis telah menceroboh dan melakukan keganasan di dalam Dewan termasuk memijak perut Ahli Dewan Undangan Negeri serta berlaku kasar terhadap Adun orang kurang upaya (OKU) daripada Pakatan Rakyat.

Antara anggota polis yang di bawa masuk ke dalam Dewan termasuk berpuluh-puluh daripada Cawangan Khas.

Speaker V. Sivakumar juga telah dihina dengan diheret dan dikurung dalam bilik stor Dun selama sejam.

Sidang media turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Negeri, Ustaz Ahmad Awang, serta pimpinan Pas seperti Drs Khalil Idham Lim, Dr Hatta Ramli, Dr Lo’ Lo’ Ghazali dan Salahuddin Ayub.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata pimpinan Pakatan Rakyat akan segera turun ke padang untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat mengenai insiden yang berlaku dalam Dun Perak.

sumber: SUARA KEADILAN

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana berkomen di sini. tiada moderating komen dilakukan di laman blog ini. jadi, berkomenlah sebaiknya; jika tidak admin akan ambil tindakan tegas kelak. SPAM SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN!!!

TAJAAN BLOG

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk ini. sebanyak RM30!!! sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com atau (sila ke post ini).

>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!