Mengikut kebiasaan dan normaliti manusia, manusia mudah tertarik pada paras rupa pada pertama kali bertemu. Sorry to say, saya bukan kata semua orang macam itu, tetapi majoriti. Kalau kurang paras rupa, rasa nak berkenalan pun merosot. Jangan tipu, hakikatnya memang begitu
Tanpa perkenalan, mana mungkin akan ada satu perhubungan (sahabat) dan lain-lain? Betul tak? Jadi kat sini menunjukkan betapa pentingnya anda menjaga paras rupa anda. Tak kira la make up ke, kekemasan penampilan ke..atau apa saja. Kerana first impression orang kepada kita, akan membawa kepada perkara seterusnya.
Itu dalam kehidupan, begitu juga dalam dunia blogging. Jika pertama kali anda sampai ke blog si Minah (bukan nama sebenar), anda dah rasa jatuh cinta dengan blog beliau. Kekemasan susun atur, warna menawan hati, dan paling penting TIDAK SERABUT. Maka jatuh cinta la anda seterusnya dengan blog itu. Rasa senang dengan blog itu, penulis blog nya dan juga komuniti blog itu sendiri.
Dengan blog yang kemas, anda akan dapat menarik dan mengajak lebih ramai pembaca biasa anda, menjadi pembaca setia. Contoh blog kemas yang saya suka termasuklah Blog Smartzul (idola saya dalam penulisan blog) .Tidak terhad kepada blog berbayar atau blog percuma, kekemasan pada blog adalah perlu.
Kemudian setelah jatuh cinta kepada blog itu, kebiasaannya kita ingin tahu, siapa kah gerangan tuan punya blog itu? Bagaimanakah rupa parasnya?? Atas sebab 2 perkara utama ini, saya memulakan cabaran 30 Hari Blogging (hari 1) dengan 2 perkara utama ini.
Cabaran Hari Pertama
Ini adalah apa yang anda perlu buat untuk tugasan hari pertama. Mudah sahaja. Masuk ke dalam blog anda, dan periksa jika sekiranya anda mempunyai butiran di bawah ini :
- Page About Me – page ini penting untuk memperkenalkan kepada para pembaca anda mengenai diri anda sendiri. Anda boleh memperkenalkan diri anda betul-betul kepada para pembaca, ataupun sekadar nama pena. Ini akan menjadikan para pembaca anda lebih dekat dengan anda. Contoh page about me saya : http://dikmal.com/about/
Jangan terlalu gembira kalau anda dah ada page about me. Mungkin juga anda hanya menulis dengan sangat ringkas dan tidak profesional. Jika blog anda adalah blog personal sekali pun, tentu sekali anda nak di kenali dengan gelaran yang baik, sebagai seorang yang profesional. Bukan hanya belia yang ’tulis ikut suka’. Jika blog anda menumpukan mengenai Muzik, tulis mengenainya di situ. Sebarang penglibatan anda di dalam dunia on9, tuliskan di situ.Sebagai contoh jika anda adalah salah seorang Moderator Ehoza, tuliskan juga. Ini berguna untuk membina kredibiliti anda sebagai seorang ’otai’ dalam dunia internet. Jangan terkejut, mungkin latar belakang page about me anda yang menarik, akan menyebabkan satu hari anda di undang menjadi kolumnis majalah-majalah berkaitan internetSaya sendiri mengasingkan antara page about me dan page portfolio online saya : http://dikmal.com/kerja-on9-dm/
- Tage Line Blog anda – Anda rasa hanya Akademi Fantasia sahaja yang ada tag line? Menukar impian menjadi realiti. (kalau silap, maafkan saya :D). Blog anda juga perlukan tag line tersendiri. Saya bawa contoh blog-blog popular yang pernah saya kaji. Majalah IM (Sumber Informasi Perniagaan Internet Malaysia), MohdIsmail.Net (bukan stereotipikal, huh?), OhBulan (mai secawan rehat sebentar), Waidakmy (bila wanita menulis tentang komputer), dan bermacam lagi. Ini merupakan satu langkah branding blog yang amat berkesan. Apa tag line blog anda?Walaupun blog anda personal, anda masih memerlukan tagline. Supaya anda boleh memasarkan tagline anda, dan membina populariti di kalangan blogger.

Branding Aril : Terbaik Wok!! sudah menjadi kegilaan bukan?Tips tagline : pendek, efektif, senang ingat, dan menarik. Tagline saya? Saya selesa menjadikan Life, Work, Fashion sebagai tagline saya. Sudah tentu blog saya tidak akan cerita mengenai Politik, mahupun Maria Ozawa.
Tagline anda mestilah mampu menerangkan mengenai apa yang ada di blog anda. Contoh blog motivasikejayaan saya, tagline : Sumber Motivasi Anda. Walau saya tukar theme blog saya berapa kali pun, tagline saya akan tetap Sumber Motivasi Anda. Dari tagline orang akan tahu apa ada dalam blog saya. Motivasi kan? - Social Networking adalah satu bidang yang amat terkenal sekarang. Jika anda ada akaun myspace, friendster, facebook, youtube, twitter, senaraikan kesemuanya di sebelah sidebar anda. Terpulang kepada kreativiti anda untuk menghias maklumat tersebut. Sila lihat contoh di BritneySpears.com. Di sebelah kanan, ada tertulis Friends Britney.
Itu sahaja 3 perkara penting anda perlu buat pada blog anda untuk hari pertama. Jika anda nak make up lebih menarik, boleh tambah apa yang perlu . Tetapi susun atur dengan lebih kemas ya. Selamat Mencuba!
sumber: DIK MAL

>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.































































No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana berkomen di sini. tiada moderating komen dilakukan di laman blog ini. jadi, berkomenlah sebaiknya; jika tidak admin akan ambil tindakan tegas kelak. SPAM SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN!!!