Assalamualaikum,

Saya mendapat berita bahawa saudara Badruzamani telah meninggalkan kita semalam melalui thread di forum WangCyber.
Terasa terkejut juga kerana beliau meninggalkan kita secara tiba-tiba walaupun beliau sering berulang-alik ke hospital. Seorang OKU yang bersemangat tinggi, sentiasa memberikan nasihat dan ilmu secara langsung atau tidak sama ada di blog atau di WC. Kali pertama dan terakhir berjumpa dan berbual ialah sewaktu Gathering WC tahun lepas. Seorang yang ceria dan peramah dan merupakan anak bekas mufti Pulau Pinang, Dato Syeikh Azmi bin Ahmad yang juga telah meninggal dunia pada Mac 2008.
Seorang yang aktif dalam dunia Perniagaan Online dan juga merupakan salah seorang moderator di forum WC. Saya pernah menulis mengenai kisah kehidupan beliau di dalam post blog saya sebelum ini.
Kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat ditempatkan di kalangan solihin dan muttaqin, Amin!
sumber: E PUSTAKA

>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.































































No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana berkomen di sini. tiada moderating komen dilakukan di laman blog ini. jadi, berkomenlah sebaiknya; jika tidak admin akan ambil tindakan tegas kelak. SPAM SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN!!!