Tue | May 26, 09 | 9:49:25 am MYT
IPOH, 26 Mei (Hrkh) - Lima orang dari firma pengurusan majlis yang dilantik Pakatan Rakyat ditahan polis ketika cuba menguruskan mogok lapar di luar Wisma DAP di sini pagi ini.
Mereka ditahan kira-kira 7 pagi. Acara itu sepatutnya dijadual dirasmikan pukul 10 pagi ini.
Selain ditahan, pihak polis juga merampas sebiji belon besar yang sepatutnya dilepaskan ke udara ketika pelancaran mogok lapar nanti.
Menurut laporan sebuah laman web, petugas DAP mendakwa belon berharga RM2,000 itu ditempah khas untuk pelcaran tersebut dan ditulis dengan �Daulat Tuanku' dan �Bubarkan DUN' .
Setakat ini, tiada wakil rakyat Pakatan yang berada di Wisma tersebut ketika penahana dan rampasan itu berlaku.
Namun sehingga 9.15 pagi tadi, sepasukan polis termasuk 20 FRU kelihatan berada di pejabat DAP terbabit.
Pelancaran mogok lapar ini adalah bertujuan untuk meminta Sultan Perak untuk membubarkan DUN negeri itu dan dijangka akan dirasmikan jam 10 pagi ini oleh Menteri Besar Pakatan Rakyat Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Speaker V Sivakumar. - azm _
sumber: HARAKAH DAILY

>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.































































No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana berkomen di sini. tiada moderating komen dilakukan di laman blog ini. jadi, berkomenlah sebaiknya; jika tidak admin akan ambil tindakan tegas kelak. SPAM SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN!!!