Monday, May 25, 2009

Keputusan Majlis Syura tidak boleh dipertikai - HarakahDaily.net

Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin
Thu | Aug 14, 08 | 4:23:51 pm MYT

IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran dan syarak, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat tidak boleh dipertikaikan, demikian ujar Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Hashim Jasin.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat di Dewan Bandaran Ipoh, petang ini.

"Apa jua pandangan dan pertikaian ataupun hendak mengubah keputusan yang hendak dibuat selagi mana ianya tidak bercanggah dengan Al-Quran dan syarak ianya tidak boleh dibantah," tegasnya.

Hashim meminta semua pemimpin parti berhati-hati dan meneliti terlebih dahulu sebarang isu berbangkit sebelum membuat sebarang kenyataan mahupun pendirian.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap keputusan institusi istana yang memberi keizinan kepada dua pemimpin tertinggi PAS, iaitu Mursyidul Am Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk menyampaikan khutbah di masjid tertentu esok. Image

"Kita mendapat maklumat bahawa dipercayai terdapat 'tangan ghaib' yang mengganggu usaha pimpinan kita menyampaikan khutbah di sini(Perak) esok.

"Ia mungkin halangan daripada pihak Umno yang tidak senang dengan keputusan pihak istana yang membuka ruang kepada PAS," katanya lagi.

Bekas calon Sanglang itu turut memuji mutu perbahasan perwakilan ulama pada kali ini yang disifatkan semakin matang dalam membincangkan isu-isu semasa.

"Saya lihat mutu perbahasan meningkat yang sekaligus membuktikan perwakilan kita semakin matang," ujarnya.

Tinjauan juga mendapati persidangan muktamar ulama pada kali ini mencatatkan pertambahan bilangan pemerhati selain perwakilan tetap daripada negeri-negeri.

Para pemerhati kelihatan tidak berganjak meskipun pada kebiasaannya ianya berkurangan pada sesi petang yang menginjak ke agenda penggulungan. - (tmj)_



sumber: HARAKAH DAILY


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana berkomen di sini. tiada moderating komen dilakukan di laman blog ini. jadi, berkomenlah sebaiknya; jika tidak admin akan ambil tindakan tegas kelak. SPAM SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN!!!

TAJAAN BLOG

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk ini. sebanyak RM30!!! sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com atau (sila ke post ini).

>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!