Saturday, May 23, 2009

Apakah yang dimaksudkan dengan Domain Transfer

Bagaimana untuk membuat domain transfer? Boleh ke nak buat domain transfer kepada pihak pendaftar nama domain yang baru? Apa yang perlu dilakukan? Perlu ke menghubungi pihak pendaftar nama domain yang digunakan sekarang ini? Boleh ke melakukan domain transfer tanpa memberitahu atau melibatkan mereka?

Baiklah, saya cuba menjawab satu persatu.

Apabila anda menyatakan anda ingin membuat “domain transfer”, apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh domain transfer ialah anda ingin menukar agen pendaftar nama domain anda. Iaitu, bertukar daripada pendaftar A kepada pendaftar B.

*Nota : Pendaftar yang saya maksudkan disini adalah, pihak yang mendaftarkan nama domain anda.

Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu ingin menukar agen pendaftar nama domain mereka. Contohnya, pendaftar A mengenakan bayaran sebanyak RM50 untuk renew nama domain anda, manakala pendaftar B hanya mengenakan bayaran RM35 sahaja. Lagipun nama domain anda lagi beberapa minggu nak expired. Maka dengan itu, anda ingin mengambil keputusan untuk menukar pendaftar, iaitu dengan membuat “domain transfer”.

Harap anda jelas dengan maksud “Domain Transfer”. Ia bermaksud bertukar agen pendaftar nama domain dan bukannya bertukar website atau bertukar webhosting.

Ramai yang terkeliru dengan maksud “Domain Transfer” sebelum ini. Mereka menyangka, “Domain Transfer” adalah memindahkan website mereka dari satu hosting kepada hosting yang lain. Itu bukanlah “Domain Transfer” , itu adalah “Website Transfer” iaitu bertukar webhosting.

Jadi, pastikan anda tidak terkeliru lagi…
Domain Transfer = Bertukar agen pendaftar nama domain
Website Transfer = Bertukar webhosting

Sememangnya anda boleh melakukan kedua-dua perkara tersebut secara serentak, tetapi anda juga sebenarnya boleh melakukan hanya salah satu daripada perkara tersebut pada satu-satu masa.
Anda mungkin hanya berminat untuk bertukar pendaftar nama domain, tetapi masih mengekalkan webhosting anda pada pendaftar A.

Apabila anda membuat “Domain Transfer”, anda masih menjadi pemilik nama domain tersebut. Tiada sebarang perubahan terhadap pemilikan nama domain tersebut. Yang berubah hanyalah agen pendaftar. Analoginya seperti polisi insurans, anda masih pemilik polisi insurans tersebut, yang bertukar hanyalah agen insurans tersebut.

Kini, anda mungkin telah jelas dengan maksud “Domain Transfer”, tetapi, bagaimana untuk melakukannya?.

Dalam post yang akan datang, saya akan menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana untuk melakukan proses domain transfer. Sekian….

sumber: BLOG PANDUAN DOMAIN


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana berkomen di sini. tiada moderating komen dilakukan di laman blog ini. jadi, berkomenlah sebaiknya; jika tidak admin akan ambil tindakan tegas kelak. SPAM SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN!!!

TAJAAN BLOG

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk ini. sebanyak RM30!!! sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com atau (sila ke post ini).

>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!