Tuesday, May 26, 2009

Umno-BN boleh tumbang dengan PPSMI - HarakahDaily.net

Khairul Azlam Mohamad
Wed | May 27, 09 | 7:41:53 am MYT

KUALA NERUS, 27 Mei (Hrkh) - Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh tumbang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika isu Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) digarap dengan baik.

Ini kerana, isu PPSMI bukan menjadi isu politik tetapi demi masa depan bahasa dan bangsa Melayu di negara ini.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata demikian pada satu majlis di Ma�ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, di Kampung Tok Jiring, baru-baru ini.

Katanya, penentangan terhadap rancangan PPSMI turut dilakukan oleh tokoh-tokoh Sasterawan Negara, Budayawan, ahli akademik dan lain-lain.

"Dalam isu PPSMI ini kita (PAS) yakin dan percaya Umno dan kerajaan Barisan Nasional boleh tumbang dalam pilihan raya akan datang.

"Semua pihak termasuk Sasterawan Negara, Budayawan, tokoh akademik dan pensyarah Universiti menentang pelaksanaan PPSMI itu,"ujarnya.

Menurutnya, PPSMI merugikan masa depan anak-anak Melayu yang wajar ditentang oleh semua pihak.

Justeru itu, katanya kempen penerangan serta penjelasan terhadap isu PPSMI itu diteruskan melalui beberapa pendekatan.

Kata Ustaz Azman, antara tokoh terbabit seperti Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said, Prof Muhammad Haji Salleh, Dato' Nordin Hassan, Dato' Abdullah Hussain, Dato' Prof Emiritus Shahnon Ahmad dan ramai lagi.

Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Terengganu berkata golongan muda yang terpelajar kini menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, PAS kini mendapat sokongan orang muda yang mempunyai minda terbuka serta boleh menilai prestasi Umno-BN.

"PAS dapat sokongan orang muda sekarang dan golongan muda bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat menolak Umno-BN,"tegasnya.

Katanya, bukti sokongan golongan muda terhadap PAS dan Pakatan Rakyat melalui beberapa pilihan raya kecil selepas PRU ke-12 lalu.

Hadir sama pada majlis tersebut Juara Akademi Nasyid TV9, Saudara Azhan Atan yang turut membuat persembahan hiburan alternatif selama satu jam di MTT tersebut. - mks._

sumber: HARAKAH DAILY


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana berkomen di sini. tiada moderating komen dilakukan di laman blog ini. jadi, berkomenlah sebaiknya; jika tidak admin akan ambil tindakan tegas kelak. SPAM SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN!!!

TAJAAN BLOG

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk ini. sebanyak RM30!!! sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com atau (sila ke post ini).

>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!