Sunday, May 24, 2009

'Adik' Telah Mati, 'Abang' Akan Sambung Semula Buat Sementara... 'Adik' Baru Akan Ambilalih Kembali... InsyaAllah, Aminnn... - JOM! BLOG DOT COM!

nampaknya 'adik' kepada laman blog ini, iaitu YangAkuBaca.wordpress.com telahpun dibunuh oleh host wordpress. inilah bahananya blog percuma di host percuma. saya (admin) telah mengalami pengalaman ini dahulu. host wordpress memang tegas dengan syarat-syaratnya.

mengapa laman blog ini terus ada? (blogspot.com juga adalah host percuma)

saya memang sengaja. pada mulanya saya bangunkan laman blog ini di host percuma blogspot.com ('abang'). kemudian, setelah traffik agak memuaskan saya mula bangunkan pula laman blog seterusnya di host percuma wordpress.com ('adik').

saya telah duga akan perkara ini. sebab itu, saya telahpun memaklumkan di laman blog wordpress sebelum ini, iaitu, jika apa-apa terjadi di laman blog tersebut, sila kembali ke laman blog ini. dan memang wordpress.com lebih ketat dengan syaratnya, berbanding blogspot.com. sebab itu, laman blog ini masih ada.

namun begitu, hakikatnya, di sini juga adalah laman blog yang dihostkan oleh host percuma. dengan kata lain, kebarangkalian perkara berulang akan tetap juga berlaku.

jadi. saya telahpun buat perancangan untuk memberi tugas ini semula kepada 'adik' yang baru; laman blog dot com. dengan domain sendiri dan dengan hosting sendiri, kesinambungan laman blog ini akan lebih mantap dan terjamin.

rumusnya, objektif saya lakukan ini semua, buat laman blog di blogspot.com, kemudian di wordpress.com, kemudian wordpress.com tutup laman blog saya, kemudiannya kembali kepada laman blog ini semula, semua ini adalah dengan satu tujuan: agar rakan-rakan lain juga prihatin kepada perkara ini. ia sudah berlaku kepada saya, ia tidak mustahil boleh berlaku kepada anda juga (rakan-rakan blogger yang menulis di host percuma).

jadi, marilah kita menyokong pembangunan blog dot com (dengan domain dan hosting sendiri) untuk semua. sayang... kalau telah lama kita menulis itu dan ini, tiba-tiba laman blog kita ditutup dengan tanpa perbincangan.

jom! blog dot com!

nota: sementara saya membangunkan laman blog dot com saya sendiri nanti (kesinambungan kepada laman blog ini), saya akan menyambung segala apa yang saya lakukan sebelum-sebelum ini di laman blog ini. sebenarnya, 10 minit sahaja diperlukan untuk buat blog dot com dengan sendiri, tetapi, buat masa ini, saya agak sibuk bebenar. saya perlu sangat manfaatkan masa-masa kini yang saya ada. insyaAllah, laman blog dot com ini akan lahir juga... aminnn...

sekian.


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana berkomen di sini. tiada moderating komen dilakukan di laman blog ini. jadi, berkomenlah sebaiknya; jika tidak admin akan ambil tindakan tegas kelak. SPAM SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN!!!

TAJAAN BLOG

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk ini. sebanyak RM30!!! sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com atau (sila ke post ini).

>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!