Bertukar webhosting untuk laman web anda boleh menjadi satu perkara yang merumitkan, membazir masa serta menyukarkan. Itulah alasan utama mengapa pelanggan yang kurang berpuashati lebih suka membiarkan sahaja website mereka berada di sesebuah webhosting yang teruk sehingga jangka hayat website mereka berakhir.
Ramai pemilik website yang berputus asa dan kehilangan ramai pelanggan semasa proses penukaran hosting bagi website mereka kerana mereka kurang berpengetahuan dan juga pengalaman. Masalah seperti, website tidak boleh diakses, akaun email yang hilang seringkali memusnahkan image syarikat/website yang telah sekian lama dibina.
Sebenarnya, proses memindahkan website dari webhosting yang lama kepada webhooting yang baru tidaklah begitu sukar. Malah, ia boleh dilakukan dengan cepat dan selamat jika anda mengikuti beberapa langkah-langkah yang selamat seperti yang akan dinyatakan sebentar lagi.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan sewaktu melakukan proses pemindahan website anda dari satu webhosting kepada webhosting yang lain.
1) Senaraikan ciri-ciri yang digunakan oleh website anda dan pastikan ciri-ciri tersebut turut ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan webhosting yang baru.
Website anda mungkin menggunakan dokumen yang berakhiran dengan “.php” serta menggunakan pangkalan data mySQL. Oleh itu, adalah penting anda memastikan webhosting yang baru mempunyai ciri-ciri tersebut. Bagi anda yang gemar membangunkan website menggunakan perisian frontpage pula, pastikan webhosting baru anda turut mempunyai ciri-ciri “frontpage extension” supaya website yang anda bangunkan kelihatan sama seperti yang anda lihat di komputer anda.
2) Daftar akaun webhosting di hosting yang baru.
Seperti biasa, setelah anda mendaftar di webhosting yang baru, anda akan diberikan maklumat lengkap mengenai akaun anda seperti username & password bagi ftp dan juga cpanel (panel kawalan). Dan apa yang lebih penting, adalah maklumat mengenai DNS server. (Sila rujuk post “Menukar DNS Server“)
DNS ini pada kebiasaanya mempunyai 2 nama dan ia biasanya kelihatan seperti berikut.
1. ns1.namaserver.com
2. ns2.namaserver.com
Maklumat DNS ini penting untuk anda setkan pada nama domain anda apabila semua proses pemindahan website anda telah lengkap.
3) Download semua dokumen dari webhosting lama dan kemudiannya, upload ke webhosting yang baru menggunakan FTP.
Website yang terdapat di komputer anda mungkin berlainan dengan website yang terdapat di webhosting. Oleh itu, adalah lebih baik anda mendownload semua fail-fail dari webhosting anda dan kemudiannya mengupload ke webhosting yang baru.
Setelah mengupload semua fail ke webhosting yang baru, anda mungkin perlu membuat sedikit penyelarasan terhadap coding di dalam website anda. Anda juga mungkin perlu mengkonfigurasi pangkalan data yang baru dan memindahkan semua data-data dari pangkalan data yang lama kepada pangkalan data yang baru.
Proses pemindahan pangkalan data ini mungkin agak sedikit rumit, lebih-lebih lagi jika anda bukanlah seorang yang mahir dalam bidang IT. Untuk proses ini, mungkin anda boleh meminta bantuan dari pihak sokongan pelanggan (customer support) hosting baru anda. Sesetengah webhosting mungkin mengenakan sedikit bayaran bagi perkhidmatan ini. Namun, itu adalah lebih baik dan berbaloi dari anda kehilangan kesemua data anda.
4) Hasilkan akaun email
Setelah anda selesai mengupload semua website anda dan telah menguji setiap halaman dengan menggunakan URL sementara. Perkara seterusnya ialah membuat akaun email anda.
Anda perlulah menghasilkan semula semua akaun email yang telah anda gunakan sewaktu di webhosting lama. Anda juga mungkin perlu setkan semula autoresponder atau email forwarding seperti yang telah anda lakukan di webhosting lama (jika ada).
Perlu diingat, akaun email di webhosting baru ini tidak boleh diuji dan berfungsi sehinggalah anda selesai melakukan penukaran DNS server bagi nama domain anda ke webhosting yang baru.
5) Menukar DNS server bagi domain name anda.
Setelah selesai dan berpuashati, langkah yang terakhir adalah menukar setting DNS server untuk nama domain anda. Penukaran ini boleh dilakukan jika anda mempunyai akses bagi panel kawalan (cpanel) nama domain anda. Jika anda tidak mempunyai akses tersebut dan kurang pasti, anda boleh bertanya kepada agen nama domain anda dan memintanya agar menukarkan maklumat “DNS server” nama domain anda kepada “DNS server” yang baru yang anda perolehi dari webhosting baru anda.
Proses penukaran “DNS Server” ini boleh mengambil masa sehingga 24 jam untuk diaktifkan. Jika selepas 24 jam nama domain anda masih tidak aktif, anda mungkin boleh menghubungi pihak pendaftar nama domain anda dan bertanyakan mengenainya.
Selepas beberapa hari, dan anda dapati semuanya berjalan lancar, terutama sekali berkenaan email anda, anda mungkin boleh menghubungi penyedia perkhidmatan webhosting anda yang lama dan memintanya membatalkan akaun anda. Pastikan anda mengikuti prosedur penutupan akaun seperti yang telah ditetapkan oleh webhosting lama anda jika ada. Dengan itu, anda akan dapati proses pemindahan website anda akan berjalan lancar dan mudah.
Kesimpulannya, jika anda ingin memindahkan website anda, anda boleh melakukan salah satu daripada kaedah berikut, iaitu membuat:-
1. Website Transfer + Domain Transfer, atau
2. Website Transfer + Changing DNS Server
Kedua-dua perkara diatas memberikan kesan yang sama terhadap website anda. Yang berbeza hanyalah, dari segi agen penyedia webhosting dan juga agen pendaftar nama domain anda. Jika dulu anda menggunakan pendaftar A untuk webhosting dan nama domain anda, kini anda menggunakan pendaftar A untuk webhosting dan pendaftar B untuk nama domain (kaedah 2) atau.. agen B sahaja bagi webhosting dan nama domain anda (kaedah 1).
Semoga anda jelas dan faham dengan penerangan saya.
sumber: BLOG PANDUAN DOMAIN

Perniagaan Internet | Buat Duit Di Internet | Rahsia ClickBank Malaysia
>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.































































No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana berkomen di sini. tiada moderating komen dilakukan di laman blog ini. jadi, berkomenlah sebaiknya; jika tidak admin akan ambil tindakan tegas kelak. SPAM SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN!!!