Ramai yang bertanyakan kepada saya berkenaan dengan masalah seperti berikut. Anda telah menyewa sebuah ruang webhosting berserta dengan nama domain di syarikat A. Anda juga telah membeli sebuah nama domain di syarikat B dan berniat untuk menghostkan domain tersebut di ruang webhosting syarikat A. Adakah ia boleh dilakukan? Jika boleh, bagaimana caranya?
Jawapan saya: Ya, anda boleh menggunakan nama domain yang anda beli dari syarikat B untuk dihostkan di ruang webhosting anda di syarikat A.
Hari ini saya ingin kongsikan tips dengan anda bagaimana untuk melakukannya. Ia boleh dilakukan dengan menukar setting DNS nameserver pada domain B kepada DNS server syarikat A. Pertama sekali, anda perlu tahu apakah DNS nameserver bagi webhosting anda.
Login ke dalam akaun domain anda di syarikat A. Saya ambil contoh akaun saya di NetKL.com. Saya mempunyai akaun domain dan juga webhosting di NetKL.com. Setelah login ke dalam akaun domain tersebut, klik pada “MyDomain”.
Anda akan dapat lihat “Nameserver 1″ dan “Nameserver 2″ seperti dalam gambar dibawah. Itulah DNS nameserver yang perlu anda tukar di akaun domain A anda.

Sebagai contoh saya ingin hostkan salah satu domain yang saya beli di CheapDomain.com dan hostkan domain tersebut di ruang webhosting saya di NetKL.com. Apa yang perlu saya buat ialah login ke akaun domain saya di CheapDomain.com.
Setelah login, klik pada “Domain” seperti dalam gambar dibawah, dan pilih nama domain yang ingin anda tukarkan DNS server nya.


Halaman seperti dibawah akan muncul. Klik pada Nameserver.

Ubah nameserver tersebut kepada NS1.NETKL.ORG dan NS2.NETKL.ORG.

Kemudian klik OK.
DNS nameserver akan diupdate dalam masa beberapa minit selepas ia ditukar.
Bagi membolehkan syarikat webhosting anda mengenalpasti domain yang anda ingin anda hostkan bersama mereka, anda perlu melakukan setup “Addon Domain” di akaun webhosting anda. Login ke dalam akaun cpanel webhosting anda. Pilih icon “Addon Domain” seperti dibawah.

Isikan nama domain anda diruang yang pertama saya tandakan merah seperti dalam gambar dibawah. Nama domain anda tidak perlu diletakkan “http://www” dihadapannya.

Isikan juga tajuk folder bagi nama domain tersebut agar mudah anda mengenalinya apabila ingin melakukan proses upload file melalui FTP nanti. Setelah selesai, klik “Add Domain”.
Buka akaun FTP anda, anda boleh lihat nama domain sudah terdapat dalam webhosting anda.
Selamat mencuba…..
sumber: BLOG PANDUAN DOMAIN

>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.































































No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana berkomen di sini. tiada moderating komen dilakukan di laman blog ini. jadi, berkomenlah sebaiknya; jika tidak admin akan ambil tindakan tegas kelak. SPAM SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN!!!