Untuk melakukan domain transfer, ia bergantung kepada agen pendaftar. Setiap pendaftar mempunyai caranya yang tersendiri dan ia kadangkala berbeza di antara satu sama lain. Ada agen yang menyediakan borang untuk anda melakukan domain transfer, ada juga yang memerlukan anda berhubung terus dengan agen tersebut melalui email, chat atau telefon.
Apabila anda menyatakan anda ingin membuat domain transfer kepada pendaftar baru, apa yang berlaku biasanya, pendaftar baru akan berbincang dengan pendaftar lama mengenai nama domain anda. Jika perbincangan berjalan lancar, pendaftar lama akan memberikan nama domain tersebut kepada pendaftar baru anda. Maka, proses pemindahan nama domain pun selesai.
Setelah selesai, barulah sedikit bayaran dikenakan kepada anda. Namun, ada juga pendaftar yang melakukannya secara percuma. Pada kebiasaannya, agen pendaftar mengambil masa 5 hingga 10 hari untuk melakukan proses pemindahan nama domain tersebut.
Namun begitu, kadangkala wujud sesetengah situasi yang akan menyebabkan proses pemindahan agen pendaftar bagi nama domain tersebut tidak dapat dilakukan. Antara sebab-sebab yang boleh menghalang proses domain transfer ialah seperti :-
1. Pemilik nama domain tersebut tidak diketahui dan diragui.
2. Pemilik nama domain tersebut telah istiharkan “bankrup”
3. Nama domain tersebut baru sahaja didaftarkan dan kurang daripada 60 hari.
4. Agen pendaftar nama domain yang lama menolak permohonan pemindahan nama domain tersebut kepada agen pendaftar baru dengan sebab-sebab yang tertentu.
Kesimpulannya, tidak semua proses “domain transfer” boleh dilakukan dengan lancar, kadangkala ia boleh jadi begitu merumitkan dan juga mengelirukan. Malahan, tiada jaminan pendaftar yang baru adalah lebih bagus daripada agen yang lama. Apa-apa pun, semuanya terpulang kepada anda untuk mempertimbangkannya.
Sampai disini sahaja untuk kali ini, pada masa akan datang, saya akan menerangkan pula bagaimana anda boleh membuat “website transfer” (bertukar webhosting) dengan selamat dan berkesan.
sumber: BLOG PANDUAN DOMAIN

>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.































































No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana berkomen di sini. tiada moderating komen dilakukan di laman blog ini. jadi, berkomenlah sebaiknya; jika tidak admin akan ambil tindakan tegas kelak. SPAM SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN!!!