Monday, June 8, 2009

Dari Blogspot Ke Youtube

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera. :)

Ringkas saja kali ni.

Saya tidak lagi akan update blog ini. Tetapi, saya akan lebih berusaha lagi membangunkan channel Youtube saya. Pada saya, kuasa Youtube lebih kuat daripada kuasa blog. Ini saya, orang lain mungkin tidak.

Jadi, silalah subscribe di channel Youtube saya: http://www.youtube.com/user/YangAkuSegala

Terima kasih tidak terhingga kepada sesiapa saja yang memberi sokongan.

Bersama kita teruskan perjuangan ini...

Yang benar,
SI PEMBACA
(yang kini, lebih baca... lebih lihat... lebih dengar...)

Wednesday, June 3, 2009

Ibrahim Ali yang 'buta' dan 'tuli'? - HarakahDaily.net

Mat Zain Mat Isa
Tue | Jun 02, 09 | 12:41:18 pm MYT

Semakin melalut nampaknya Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali (dalam bahasa Kelantan, ia disebut 'borak' dengan sabdu pada 'b'). Sikap sebenar beliau terhadap PAS, parti yang memberi laluan selesa kepadanya memenangi kerusi berkenaan dalam pilihan raya lalu, semakin dizahirkannya.

Kalau sebelum ini segala luahannya diterima sekadar teguran dan kritikan ikhlas terhadap kepimpinan parti dan kerajaan negeri Kelantan, kini nadanya sudah berubah menjadi kutukan dan penghinaan.

Beliau memang terkenal seorang pemimpin yang lantang menyuarakan sikap dan pendapatnya. Kelantangannya mutakhir ini bagaimana pun sudah terbabas jauh melangkaui batasan toleransi, terutama oleh para penyokong PAS. Butir cakapnya kini malah lebih layak disebut keceluparan.

Kritikan yang lebih berupa kutukan terhadap PAS, terutamanya kepimpinan kerajaan Kelantan sudah di luar kewajaran sebagai seorang yang mahu membina parti dan kerajaan. Beliau malah lebih sesuai dilabelkan sebagai alat propaganda dan senjata Barisan Nasional (BN).

Apa lagi yang belum dibuatnya bagi membuktikan sikapnya yang sangat bertentangan dengan PAS? Di dalam persidangan Parlimen, beliau bukan sekadar memilih untuk bertegang leher dengan wakil PAS, malah mengeluarkan kata-kata kesat dan nista terhadap mereka.

Di dalam banyak kenyataannya sebelum ini pun, Ibrahim sudah acapkali melabelkan PAS dan Pakatan Rakyat dengan berbagai nama. Terbaru ialah label hipokrit yang diucapkannya terhadap parti-parti yang membantunya sebelum ini dalam kes pergolakan politik di Perak.

Kenyataannya penuh sinis memperlekeh kepimpinan PAS di Kelantan sudah semakin lumrah. Sudah banyak pihak yang hangat hati terhadap perbuatannya. PAS Kelantan, khususnya di kawasan Pasir Mas, memberikan reaksi munasabah menuntut Ibrahim lebih rasional dalam ucapan dan tindakannya.

Malah ada pihak yang mendesak beliau mengundurkan diri dan memulangkan hak menentukan nasib politiknya kepada rakyat. Dalam erti kata lain, Ibrahim secara bermaruah dituntut melepaskan jawatan Ahli Parlimen Pasir Mas dan dicabar bertanding atas tiket Bebas atau parti lain bagi membuktikan pengaruhnya benar-benar kuat di kawasan berkenaan.

Namum, bagai diduga setiap pihak yang mengenali beliau, segala teguran, kritikan dan desakan itu tidak pernah dihiraukannya. Ibrahim ibarat seorang pekak dan tuli yang tidak langsung mendengar bantahan dan kemarahan rakyat yang mengundinya dalam pilihan raya lalu.

Beliau terus mengutuk PAS dan memperlekeh kerajaan Kelantan. Skrip sama diulang suara Isnin (1 Jun). Kerajaan Kelantan didakwanya gagal menyediakan pelan tindakan bagi membangunkan segala sumber semula jadi di negeri itu secara terancang, meski pun telah memerintah hampir 20 tahun.

Katanya, dalam tempoh itu, kerajaan pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya mampu menjana pendapatan RM300 juta setahun sedangan kekayaan alam semula jadi boleh dieksploitasi bagi menjana pendapatan lebih besar.

"Ia bukan satu pencapaian sebaliknya satu kegagalan... seolah-olah ada satu sikap eskapisme dengan sepanjang masa berpolitik, berceramah siang dan malam dengan selalu menyalahkan Kerajaan Pusat bagi menutup apa yang tidak upaya dilakukan," katanya.

Ibrahim menyenaraikan beberapa pemerhatiannya mengenai kegagalan itu. Antaranya disebutkan kerajaan Kelantan jarang mengadakan seminar mengenai peluang-peluang pelaburan di negeri itu. Dikatakan juga, kerajaan negeri tidak ada inisiatif menarik pelaburan dari luar negara.

Kerajaan Kelantan turut didakwa gagal mengeksploitasi sepenuhnya kepelbagaian bentuk muka bumi negeri sebagai destinasi pelancongan.

Beliau turut membayangkan seolah-olah kepimpinan ulama (Tok Guru sebagai Menteri Besar) terhad kepada soal keagamaan sahaja menyebabkan kehidupan rakyat semakin melarat tanpa kemajuan.

Katanya lagi, tidak ada peluang pekerjaan di Kelantan selain berkhidmat dengan sektor awam semata-mata. Hal itu menyebabkan sebanyak 60,000 penduduk negeri itu terpaksa berhijrah mencari pekerjaan.

"Ini teguran, kita bukan bercakap buta tuli dan tanpa akal," simpul Ibrahim.

Meneliti hujah dan fakta diberikan Ibrahim itu, sukar dinafikan bahawa itulah juga hujah dan fakta yang sering termuat dalam propaganda BN memburukkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS.

Kelantan sudah sekian lama diratib sebagai sinonim dengan kemunduran, kelembapan ekonomi, ketiada peluang pekerjaan, penghijrahan penduduknya, kegagalan itu dan ini.

Namun, di sebalik segala serangan dan usaha pemburukan itu, masyarakat umum dapat melihat kemakmuran negeri, kemajuan ekonomi, pembangunan pesat di sana-sini, berserta keselesaan rakyatnya meneruskan penghidupan.

Dalam hal ini, penulis teringat ucapan sangat bernas oleh Almarhum Ustaz Bunyamin Yaacob. Tidak syak lagi bekas Ahli Parlimen Bachok dan Pegawai Penerangan PAS Kelantan itu adalah pemidato dan pengulas politik yang sangat pintar dalam hujahnya. Pemergiannya sukar digalang ganti dalam kelasnya yang tersendiri.

Almarhum Ustaz Bunyamin dalam penghujahannya mematahkan serangan dan kutukan BN terhadap kerajaan Kelantan sering mengajak hadirin melihat dan menilai sendiri sejauh manakah kebenaran hujah dan fakta dikemukakan BN itu.

Setelah disyarahnya dengan panjang lebar dan disenaraikannya satu persatu kepalsuan hujah musuh itu, Almarhum akan menyimpulkan, "sekiranya masih ada orang yang kata Kelantan tidak membangun, tidak maju, orang Kelantan sesak (miskin), hidup susah,orang itu sama ada buta (tak dapat melihat) atau tuli (tidak dapat mendengar kebaikan dan kemajuan di bawah kerajaan PAS)".

Kini, antara orang yang giat mengulangi hujah dan fakta basi dilaungkan BN sejak hampir dua dekad lalu itu ialah Ibrahim Ali. Apakah beliau juga termasuk dalam kategori manusia 'buta' dan 'tuli' sebagaimana disebutkan Almarhum Ustaz Bunyamin itu? - mns_

sumber: HARAKAH DAILY

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. untuk lebih lanjut (sila ke sini) atau hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.


>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

Tuesday, June 2, 2009

Penanti: Muhyiddin tak iktiraf Khairy pemimpin BN? - HarakahDaily.net

Mat Zain Mat Isa
Mon | Jun 01, 09 | 9:01:27 pm MYT

PILIHAN Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti, Pulau Pinang telah berakhir. Bagai dijangka pelbagai pihak sedari awal, keputusan pengundian pada Ahad (31 Mei) lalu memihak kepada Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).

Calonnya, Dr Mansor Othman, menang besar ke atas tiga pencabarnya. Beliau memperolehi 6,052 undi sekaligus mengatasi pencabar terdekatnya, Nai Khan Ari Nan Keow dengan majoriti 5,558 undi.

Ahli parti Gerakan itu mendahulu tiga calon Bebas dengan pungutan tertinggi 494 undi. Di belakangnya ialah Aminah Abdullah (392 undi) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Ketiga-tiga mereka hilang wang pertaruhan.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran perletakan jawatan penyandang kerusi berkenaan dari KeADILan, Mohamad Fairus Khairuddin, 16 April. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Fairus menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Dato' Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi. Calon KeADILan itu memperolehi 7,346 undi berbanding Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh itu yang mendapat 5,127 undi.

Meskipun berjaya meningkatkan majoriti kemenangan lebih dua kali ganda, undi diraih Mansor menampakkan kemerosotan sebanyak 1,294 berbanding pilihan raya lalu. Ia dikaitkan dengan berbagai kemungkinan. Faktor paling menyerlah ialah kemerosotan jumlah pemilih yang keluar mengundi.

Hanya 7,100 daripada 15,384 pemilih berdaftar keluar melaksanakan tanggungjawab mereka, Ahad lalu. Jumlah itu membentuk hanya 46.15 peratus dan merekodkan peratusan mengundi terendah dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Semua pihak boleh bersetuju bahawa faktor utama kemerosotan sebegitu ketara adalah kesan langsung ketiadaan BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mensasarkan tidak kurang 70 peratus pemilih akan keluar mengundi. Pihaknya juga telah membuat kempen menggalakkan orang ramai keluar mengundi.

�Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian awal, ia (peratus keluar mengundi rendah) berpunca daripada keputusan Barisan Nasional tidak bertanding,� kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Pendirian BN tak tetap

BN mengambil pendirian memboikot pilihan raya kecil tersebut. Alasan diberikan adalah pelbagai, dari dalih ekonomi, kemasyarakatan hinggalah kepada hujah politik. Sementara pelbagai pihak mempertikaikan segala hujah dan dalih BN itu, pendiriannya untuk tidak bertanding tetap dihormati.

Masalah timbul apabila BN bukan sekadar tidak ikut bertanding. Ia menggunakan segala ruang dan peluang dimilikinya untuk memberikan gambaran sangat negatif terhadap pilihan raya kecil di Penanti. Seluruh saluran media dan alat propaganda BN dimanipulasi secukupnya bagi mewajarkan tindakan BN memulaukan pilihan raya berkenaan.

Persepsi umum cuba dibentuk bahawa ia suatu pembaziran masa, tenaga dan wang rakyat. Malah ia turut digambarkan sebagai suatu mainan politik pembangkang yang memuakkan rakyat.

Sebab itu sejak awal pilihan raya tersebut bermula sudah ada pemerhati dan penganalisis politik meramalkan peratusan keluar mengundi yang rendah. Kebanyakan mereka mengaitkannya dengan sentimen kepartian yang dimiliki para pengundi BN.

Apa pun sikap dan pendirian diambil para pengundi terbabit, ia adalah hak peribadi mereka yang perlu dihormati. Bagaimana pun, apabila ia dikaitkan dengan gesaan dan nasihat berterusan para pemimpin BN agar pemulauan parti itu membuahkan kejayaan, maka tidak dapat tidak perlu diakui bahawa parti itu turut ada saham di atas kemerosotan peratusan keluar mengundi di Penanti.

Hasut pengundi

Apatah lagi media turut menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang secara terbuka menasihatkan pengundi di Penanti agar tidak keluar mengundi.

Akhbar harian pada Khamis (28 Mei) memetik Khairy yang menganggap pilihan raya itu sebagai memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini. Sepertimana para pemimpin BN lain, beliau turut menyandarkan hujahnya atas wewenangan Mohamad Fairus mengosongkan kerusi Penanti.

Saranan itu mendapat reaksi hangat pelbagai pihak. PAS menyifatkan kenyataan itu satu cubaan menghasut pengundi dan meminta SPR mengambil tindakan terhadap Khairy.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula menganggap kenyataan itu tidak bertanggungjawab dan berniat menghalang proses pilihan raya. Beberapa ahli akademik turut mempertikaikan kewajaran kenyataan itu.

Halang bersuara

Dalam reaksinya, Khairy tidak menafikan kenyataannya itu. Sebaliknya beliau menganggap usaha membantah saranannya itu sebagai menghalang hak beliau bersuara. Apatah lagi seruan beliau itu memang bertepatan dengan pendirian BN dan sikap ditunjukkan segenap media kroninya.

Justeru, apabila peratusan keluar mengundi di Penanti benar-benar menjunam ke bawah 50 peratus, semua pihak menuding jari ke arah BN sebagai faktor utamanya.

Amat melucukan, hakikat itu cuba dinafikan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau sebaliknya menegaskan sebarang cubaan mengaitkan peratusan keluar mengundi yang rendah itu dengan BN hanyalah 'gimik' kempen pembangkang.

Apa pun, penafian Muhyiddin itu memberikan dua pengertian. Sama ada beliau memang tidak ambil tahu perbahasan hangat di media berhubung kenyataan Khairy yang menghasut pengundi itu, atau beliau tidak mengiktiraf Khairy sebagai salah seorang pemimpin utama dalam BN._

sumber: HARAKAH DAILY


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.


>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

Muafakat Pakatan Rakyat lebih indah berbanding BN - HarakahDaily.net

Abu Firdaus
Mon | Jun 01, 09 | 6:43:09 pm MYT

DARI segi bahasa, Pakatan Rakyat bermaksud permuafakatan rakyat, iaitu rakyat berpakat. Sementara Barisan Nasional dimaksudkan barisan kebangsaan. Mana lebih indah, pakatan atau barisan? Ia mungkin hanya nama gabungan parti politik, yang kebetulan dipilih mewakili sekumpulan pertubuhan siasah.

Makananya, setelah menubuhkan lima kerajaan negeri selepas keputusan pilihan raya umum ke-12, maka diberikan saja nama Pakatan Rakyat kepada gabungan kerjasama PAS, DAP dan KeADILan. Hakikatnya ia lebih mendalam daripada nama saja. Makna rakyat yang ada pada Pakatan Rakyat membawa maksud inti perjuangan ketiga-tiga parti itu.

Seringkali rakyat dilihat sebagai terjemahan kepada perkataan Inggeris �people�. �People� boleh bermaksud orang, orang ramai atau penduduk. Tetapi dalam bahasa Melayu, maksud rakyat adalah lebih mendalam. Sememangnya ia berasal daripada perkataan Arab, rakyat, tetapi apabila telah dimelayukan, ia membawa maksud tersendiri.

Untuk memahami istilah rakyat, maka boleh melihatnya dari sudut kebalikannya iaitu raja. Lawan rakyat ialah raja. Maka dalam sesebuah negara, hanya terdapat seorang raja, sementara yang lain adalah rakyat. Itu dalam konteks pandangan hidup tradisi Melayu. Maka raja memerintah dan menjadi lambang negara, tetapi ia hanya wujud kerana adanya rakyat. Ia bertanggunggjawab memberi keamanan dan kemakmuran kepada rakyat di negaranya.

Tetapi raja bukannya ketua rakyat. Dia adalah ketua negara. Sementara ketua rakyat ialah Bendahara, atau Menteri Besar, Ketua Menteri ataupun Perdana Menteri. Raja tidak boleh hidup tanpa rakyat, sementara rakyat tidak boleh hidup tanpa raja. Ada kalanya raja tidak dipanggil raja. Ia mungkin disebut sebagai Yang di-Pertuan atau Yang di-Pertua. Atau Yang di-Pertuan Besar. Atau Presiden.

Sememangnya kehendak rakyat bermacam. Untuk menentukan kehendak mereka secara fokus, maka kesepakatan diambil daripada siapa dan apa yang ada pada majoriti di samping memelihara kepentingan minoriti di kalangan rakyat. Maka rakyat dianggap sebagai tunggal tetapi suara majoriti yang memimpin tetapi turut memberi ruang kepada minoriti.

Inilah apa yang dimaksud dengan rakyat. Maka Pakatan Rakyat membawa makna permuafakatan rakyat dalam menguruskan negara. Ini berbanding dengan nasional, apa dimaksudkan dengan nasional yang asalnya bermaksud 'nation' atau negara bangsa. Maka nasional adalah negara bangsa atau kenegaraan dan kebangsaan.

Justeru, apabila dinamakan Barisan Nasional, maka ia merujuk kepada barisan negara bangsa Malaysia. Sementara Pakatan Rakyat pula bermksud pemuafakatan rakyat Malaysia. Jadi, apabah perbezaan antara rakyat dan negara-bangsa. Maka untuk memahami, wajar pula merujuk kepada kesedaran kebangsaan atau kesedaran nasional dibandingkan kesedaran rakyat.

Maka kesedaran nasional pula berkait dengan nasionalisme, iaitu pembentukan suatu bangsa daripada negara yang kebanyakannya muncul daripada runtuhan sesuatu empayar. Maka Malaysia umpamanya muncul daripada keruntuhan empayar British di Asia Tenggara. Maknanya pembentukan sesebuah negara terutama dalam abad ke-20 ini adalah hasil daripada keruntuhan imperialisme. Daripada imperialisme British umpamanya, maka Malaysia pun muncul.

Itulah nasional Malaysia yang muncul daripada perut imperialisme. Ada kalanya negara nasional yang muncul itu merupakan hasil daripada percaturan bagi mengekalkan kepentingan imperialis. Itulah yang berlaku apabila Malaysia ditubuhkan. Kerana hendak menjaga kepentingannya di Asia Tenggara dengan Singapura sebagai pangkalan pentingnya, maka dipaksakan penubuhan Malaysia melalui gabungan Singapura dengan Tanah Melayu. Untuk menjaga sensitiviti kaum di Tanah Melayu, maka gabungan itu diperluaskan untuk meliputi Sarawak dan Sabah.

Begitu juga pada peringkat awal ketika penubuhan Tanah Melayu. Ia bertujuan menjaga kepentingan British di Tanah Melayu, maka awalnya dicadangkan supaya ditubuhkan Malayan Union daripada gabungan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat. Tetapi kemudian ia berubah menjadi Persekutuan Tanah Melayu kerana imperialis British mahu memihak kepada orang Melayu yang diwakili Umno supaya Semenanjung itu tidak jatuh pada komunis.

Justeru segala perkembangan berhubung pembentukan nasional digerakkan atas kepentingan imperialis. Tindak balas itu yang melahirkan negara bangsa Malaysia. Bagaimanapun, cuba lihat keadaan rakyat pula? Rakyat mahu merdeka daripada imperialis. Pihak pertama yang memperjuangkan kemerdekaan di Tanah Melayu adalah Kesatuan Melayu Muda (KMM). Nama dia ada Melayu tetapi ia tidak bersifat Melayu.

KMM meniru Jong Java dan Jong Sumatra (Jong itu young atau muda) yang merupakan kesatuan bagi orang muda Jawa dan Sumatera. Tetapi penggerak idea bagi KMM ialah Sutan Jenain, seorang aktivis Parti Komunis Indonesia (PKI). Tetapi PKI pula berasal daripada Sarekat Islam Merah, yang pada asalnya adalah Sarekat Islam yang berpecah menjadi merah dan hijau.

Istilah Islam pada awal abad ke-20 di Indoensia tidak merujuk kepada agama atau umat Islam, tetapi rakyat di Hindia Timur Belanda. Maka begitu juga istilah Melayu dalam KMM. Ia tidak merujuk kepada bangsa dan kaum Melayu. Sebaliknya ia merujuk kepasda rakyat di Tanah Melayu.

Begitu juga apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang digerakkan penubuhannya oleh Mokhtaruddin Lasso, juga seorang aktivis PKI. PJKMM yang merupakan lanjutan kepada KMM juga mempunyai istilah Melayu yang merujuk kepada rakyat Melayu, dan bukannya bangsa dan kaum Melayu.

PKMM merupakan penggerak kepada Perlembagaan Rakyat. Maka sekali lagi istilah rakyat timbul. Inilah merupakan asal usul pemahaman istilah rakyat yang kini turut dipegang oleh Pakatan Rakyat. Hubungan PAS dengan pemahaman rakyat juga jauh hingga kepada Sarekat Islam di Indonesia yang kemudian daripada Sareklat Islam Hijau, muncul Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi). Islam juga merupakan agama yang mengutamakan kepentingan rakyat._

sumber: HARAKAH DAILY


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.


>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

Monday, June 1, 2009

Penanti: Pakatan Rakyat perlu terus hati-hati terhadap angkara Umno-BN - HarakahDaily.net

Mohd Sabri Said
Mon | Jun 01, 09 | 4:32:10 pm MYT

PENANTI, 1 Jun (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Kerajaan Pakatan Rakyat supaya lebih berhati-hati dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana kemenangan Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti menjadikan Umno lebih agresif merancang berbagai usaha buruk untuk memenuhi dendam mereka.

Ujarnya, penolakan BN oleh rakyat sejak kebelakangan ini membuatkan kepimpinan parti itu semakin lantang mencerca dan mencipta berbagai usaha memburuk-burukan usaha kerajaan walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan program kebajikan terhadap rakyat.

"Awasi usaha Umno akan datang kerana mereka akan lakukan apa saja untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat termasuk melaga-lagakan kepimpinan gabungan ketiga-tiga parti," jelasnya ketika memberikan amanat selepas menang di Yayasan Aman, Penanti semalam.

Beliau menambah, pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) juga memainkan peranan dengan arahan BN supaya rakyat yang cenderong kepada Pakatan Rakyat tidak boleh mengundi walhal dalam pilihan raya umum lepas nama mereka tertera dalam buku daftar pemilih.

Tidak mustahil Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan nanti sambung Anwar, BN cuba melakukan berbagai helah untuk membersihkan nama mereka di Penanti.

Menyentuh isu kemenangan di Penanti beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen mengucapkan terima kasih pada pengundi kerana memberi ruang untuk Dr Mansor berkhidmat di Penanti walaupun beliau bukan anak tempatan Penanti.

"Berilah beliau peluang membina harapan baru yang lebih sengit di Dun Penanti. Marilah bersamanya melebarkan semangat serta tingkatkan pembaharuan yang dikehendaki oleh Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng," katanya. - mns _

sumber: HARAKAH DAILY


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.


>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

Bila teori pentadbiran Nik Aziz dibukukan? - HarakahDaily.net

Dinsman
Mon | Jun 01, 09 | 6:39:49 pm MYT

Minggu lalu sempat saya bersama dua orang kawan menunaikan solat Subuh di Masjid Pulau Melaka, berimamkan Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar bagi sebuah negeri di Malaysia. Selepas solat, seperti biasa, Menteri Besar ini menyampaikan tazkirah atau kuliah subuh, selama kira-kira 15 atau 20 minit. Dan selepas itu, ada orang mendukung bayi dan meletakkannya di depan beliau, untuk upacara 'membelah mulut' dan menggunting rambut.

Biasanya, setahu saya, Tok Guru Nik Aziz menjalankan upacara 'membelah mulut' bayi di masjidnya itu pada pagi Jumaat. Begitulah selalunya. Tetapi rupa-rupanya hari lain pun ada juga orang datang meminta dia melakukan upacara itu. Pagi itu hari Rabu, ada tiga orang. Dan saya perhatikan Menteri Besar itu melakukannya dengan penuh prihatin, siap dengan doa mengakhiri upacara bagi setiap bayi.

Dan selepas itu ada pula dua orang lelaki tampil ke depan Menteri Besar yang belum sempat bangun daripada sejadahnya itu, dengan masing-masing membawa sebotol air bersih. Gaya mereka itu mahu memohon Tok Guru membacakan doa untuk tujuan tertentu. Dan ya, Menteri Besar itu pun tidak menolak.

Manakah lagi ada Menteri Besar lain, di Malaysia, ataupun mungkin di dunia ini, yang "ada masa" untuk perkara-perkara seperti itu! Setiap pagi menjadi imam solat Subuh di masjidnya, dan menyampaikan kuliah subuh. Dan orang sesiapa saja, yang datang entah dari mana-mana saja, boleh terus saja mendukung bayi ke hadapannya, tanpa perlu melalui apa-apa bentuk tapisan.

Dan pada waktu itu juga, sesiapa saja boleh bersalaman dengannya, dan boleh bercakap dengannya. Tidak ada pengawal peribadi yang akan mengawal atau menghalang sesiapa daripada mendekati Menteri Besar yang sudah lebih 18 tahun memerintah Kelantan itu.

Saya pernah mengikuti Tok Guru Nik Aziz selama kira-kira satu bulan, mengikuti program-program yang dilakukannya mulai dari pergi ke pejabat di waktu pagi, pulang ke rumah waktu petang, dan keluar pula untuk program malam hingga pulang ke rumah lewat malam, untuk tujuan menyiapkan sebuah dokumentari video mengenainya.

Antara perkara yang paling terkesan kepada saya ialah mengenai apakah yang menjadi prioriti kepada Nik Aziz sebagai Menteri Besar. Berdasarkan pemerhatian saya pada waktu itu, lapan tahun yang lalu, dan juga berterusan hingga waktu ini, saya merumuskan bahawa perkara yang menjadi prioriti kepada beliau ialah mentarbiyah rakyat supaya menjadi orang Islam yang beriman dan bertaqwa, yakni memahami maksud al-Quran, dan taat kepada perintah Allah seperti yang diajar oleh Rasul-Nya, dan menjadikan Akhirat sebagai matlamat hidup.

Soalnya ialah bagaimanakah dia menerapkan dasar tersebut ke dalam sistem pentadbiran sebuah kerajaan negeri? Bagaimanakah seorang Menteri Besar yang biasanya akan sentiasa sibuk dengan urusan-urusan pentadbiran, dengan pelbagai permasalahan yang timbul di kalangan rakyat, dan dengan pelbagai urusan membangun dan memajukan negeri, boleh mempunyai waktu untuk kerja "mentarbiyah" rakyat, yang selalunya turut melibatkan hal-hal kecil yang remeh-temeh?

Selama kira-kira satu bulan saya mengikuti program dan aktiviti hariannya itu, antara perkara yang terus melekat dalam memori saya ialah bagaimana seorang Menteri Besar hadir ke masjid dan surau yang sebahagiannya terpencil di sudut kampung, bukannya untuk apa-apa program penting, tetapi semata-mata untuk memberi tazkirah atau kuliah rengkas selepas solat. Kebanyakannya selepas solat maghrib.

Dan antara program yang Menteri Besar ini sendiri mengaku sebagai program yang penting baginya ialah Kuliah Jumaat pada jam 9.00-10.00 pagi setiap Jumaat di Dataran Ilmu, Jalan Dato' Pati, di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Kuliah ini kekal diadakan sejak beliau belum lagi menjadi Menteri Besar, hinggalah ke hari ini.

Sekali fikir, nampaknya Menteri Besar ini begitu sekali mementingkan kerjanya sebagai 'pendakwah' (berceramah dan memberi tazkirah), lebih daripada kerja-kerja pentadbiran. Maka di awal-awal zaman dia mengambil alih pemerintahan negeri Kelantan dulu banyaklah orang bercakap mengatakan Tok Guru Nik Aziz tak pandai mentadbir negeri. Diramalkan dia tak akan lama menjadi Menteri Besar. Tak akan lebih daripada setahun.

Tetapi terbukti ramalan dan pandangan orang-orang itu semua tidak betul. Pentadbiran Nik Aziz sudah masuk ke tahun ke-19. Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak Umno-BN bagi menjatuhkan pimpinan Nik Aziz di Kelantan, semuanya gagal. Rakyat telah menyaksikan satu demi satu kejayaan dilakukan oleh pimpinan Nik Aziz, Menteri Besar yang dikatakan lebih pandai berceramah daripada mentadbir negeri ini.

Persoalannya, bolehkah Kelantan melakukan pelbagai perubahan yang positif dalam bidang sosial, agama, budaya, pendidikan dan juga ekonomi, sekiranya Menteri Besarnya tidak pandai mentadbir negeri?

Ketika wabak rasuah melanda dan meresap ke segenap sektor dan lapisan masyarakat, hingga ia dianggap sebagai penyakit sosial paling kronik di Malaysia sekarang, pihak Umno/BN gagal untuk membuktikan Nik Aziz dan barisan pimpinannya terlibat melakukan rasuah. Selama lebih 18 tahun. Ini bukan suatu kejayaan kecil. Apatah lagi dengan mengambil kira bahawa jentera-jentera Umno-BN bekerja keras dengan segala alat-alat kemudahan mereka bagi membuktikan perkara tersebut, supaya pimpinan Nik Aziz dapat dikalahkan.

Banyaklah lagi kebaikan, kebajikan dan kejayaan yang dibawa oleh pimpinan ulama ini ke negeri Kelantan. Saya tak dapat membincangkannya secara terperinci di sini disebabkan ruang yang terbatas. Namun apa yang nak ditegaskan ialah kepercayaan saya bahawa semua kejayaan itu menunjukkan bahawa Nik Aziz mempunyai formula atau teori pentadbirannya yang tersendiri, yang perlu dikaji secara ilmiah dan kemudian dibukukan, supaya ia dapat dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam.

Apakah dan bagaimanakah formula dan teori pentadbiran Nik Aziz itu? Ini suatu subjek yang sangat menarik untuk diberi perhatian. Tentunya terdapat cukup banyak kelainan dan perbezaan dibandingkan dengan teori-teori pentadbiran yang sedia ada. Melaksana-kan sesuatu yang berbeza bukanlah mudah, lebih-lebih lagi apabila selalu pula ada pihak yang sentiasa berusaha untuk menggagalkannya. Maka faktor ini menambahkan lagi nilai kekuatan kepada teori baru yang perlu dirumuskan ini.

Saya berharap pihak-pihak yang berkenaan sudi memberi perhatian kepada perkara yang sangat bernilai dan berharga ini. Insya-Allah.

Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau SMS 0136362408_

sumber: HARAKAH DAILY


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.


>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

Isabella kembali 'Halal' ke Terengganu selepas bertemu Tok Guru? - HarakahDaily.net

Ahmad Yamani
Mon | Jun 01, 09 | 7:03:36 pm MYT

"Malam ni kita mesti pergi," cadang saya kepada seorang teman.

Cadangan itu penuh pengharapan. Mana tidaknya, saya tidak dapat pergi berseorangan sebab lesen motosikal masih belum hidup-hidup lagi, sudah expired. Abang-abang polis pula ramai yang berkeliaran, memberi cabaran kepada mat-minah rempit yang keluar dengan agak agresif pada malam itu sejak dari petang lagi. Yang paling utama, ada sesuatu yang membuatkan saya berhajat sangat mahu melihatnya. Cadangan saya itu dipersetujuinya.

Sebelah malamnya, usai solat Maghrib dengan zaujah tersayang, saya bersiap-siap untuk keluar. Seperti yang dijanjikan, teman saya tadi sudah pun menunggu di luar dengan motosikalnya. Kami juga sudah berjanji-temu dengan seorang lagi sahabat apabila sampai di sana nanti.

Dalam perjalanan ke Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah Kuala Terengganu, kami singgah di Surau Ladang. Bersihkan hati sekejab mendengar kuliah berceloteh daripada Ustaz Azhar Idrus, ustaz yang diminati ramai anak muda itu.

Tepat jam 9.00 malam kami beransur gerak ke stadium, tempat berlangsungnya Konsert Penghargaan Search 'Di Awan Biru'. Itulah destinasi kami. Konsert jelajah ke seluruh negara tersebut ditaja tunggal oleh Celcom Blue. Dengan harga tiket serendah RM38, ia memang 'berbaloi-baloi', seperti kata Amy di dalam iklan.

Di depan pintu masuk, Saudara Isma Halil Hamzah sudah menanti para hadirin dengan celoteh 'hidup'nya di booth Celcom Blue, berhampiran pintu masuk stadium. Suasana kelihatan tenteram. Tiada lagi 'ekstremis' agama yang menghalang kelancarannya sebagaimana yang telah berlaku kira-kira 21 tahun dahulu. Saya mengambil tempat di atas motosikal berhampiran pintu masuk stadium dengan sebatang pen dan sebuat buku nota kecil, sambil menyaksikan gelagat umat manusia yang rindukan 'penangan' daripada Search. Kali terakhir kumpulan yang akan menjadi lagenda rock Malaysia itu beraksi di Terengganu ialah pada tahun 1988. Memang begitu lama jarak masanya.

Tepat jam sebelas malam, lagu Isabella berkumandang mengisi ruang angkasa Bandaraya Kuala Terengganu. Suara mantap daripada Amy membuatkan para hadirin terpukau. Memang tidak ubah kemerduannya seperti ketika lagu tersebut dihambat keluar dari bumi Terengganu 21 tahun yang lalu.

Terfikir pula kenapa pada tahun 1988 dahulu satu demonstrasi dan bantahan besar-besaran diadakan terhadap kumpulan Search apabila mereka ingin mengadakan persembahan mereka di Terengganu. Sedangkan hari ini, konsert mereka berjalan selancarnya dalam keadaan tenteram. Sepengetahuan saya, setakat tulisan ini ditulis, masih tiada sepatah pun kenyataan yang bernadakan bantahan yang keluar daripada pimpinan PAS terutama sayap pemudanya yang terkenal dengan kelantangan mereka.

Adakah waktu dan suasana yang menyebabkan Search dihalalkan semula kembali menghiburkan warga Terengganu? Mungkinkah bantahan tidak dibuat kerana ingin memikat hati dan jiwa raga para pengundi muda khususnya? Adakah ia adalah bahana dari kemasukan golongan 'profesional' yang lebih 'menghormati pihak lain' itu ke dalam PAS? Mungkin juga mereka terlepas pandang akan isu ini kerana sedang sibuk dengan pemilihan pada muktamar yang bakal menjelang? Atau ulama sudah hilang kredibilitinya? Atau isu bantahan ini hanya relevan untuk artis luar sahaja, bukan tempatan? Kenapa ya?

Kawan saya cakap, "Alaa, kan Amy dah cium tangan Tok Guru. Takleh kacau la dia."

Tetapi, saya tidak fikir yang Tok Guru merestuinya. Kerana, Kelantan sudah pun membatalkan permit kebenaran konsert jelajah Malaysia itu menjejakkan kaki ke dalam negeri tersebut. Tahniah kepada Tok Guru dan warga Kelantan.

Namun, di Terengganu apa pula ceritanya? Mana komen bakal Ketua Dewan Ulama Pusat yang baru? Mana respons daripada Ketua Dewan Pemuda Terengganu yang baru? Mananya keluhan cakna ibu oleh Ketua Dewan Muslimat Terengganu yang baru? Mananya statement 'ahli profesional' PAS di Batu Buruk? Semuanya dimasyghulkan dengan pemilihankah?

Ini hanyalah luahan dan kemusykilan yang timbul di dalam akal saya yang terbatas ini. Bukan berniat untuk menggugat sesiapa. Dan sebetulnya, memang tiada sesiapa pun yang akan tergugat dengan tulisan picisan seperti karangan saya ini. - mns_

sumber: HARAKAH DAILY


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.

MinisiteTanpaPhotoshop
>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

Penghargaan Anwar buat pengundi Penanti - HarakahDaily.net

Anwar Ibrahim
Mon | Jun 01, 09 | 4:19:48 pm MYT

Syabas kepada jentera pilihan raya Pakatan Rakyat yang berusaha keras memastikan kemenangan Sdr Mansor Othman. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan buat pengundi Penanti.

Alhamdulillah dalam jangka masa 14 bulan ini, tiga kali pengundi Penanti menghadapi pilihan raya, dan masih tetap tidak berganjak untuk menyokong agenda Perubahan Pakatan Rakyat. Keputusan Pilihan Raya Kecil ini membuktikan KEADILAN masih mendapat sokongan majoriti penduduk Penanti.

Hari ini penduduk Penanti telah membuat keputusan bijak dengan memilih Sdr Mansor sebagai wakil mereka dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Semoga dengan perlantikan ini beliau akan menunaikan amanah yang diberikan serta berkhidmat bersungguh-sungguh demi rakyat._

sumber: HARAKAH DAILY


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.


>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

PAS yakin peluang pertahankan Dun Manek Urai cerah - HarakahDaily.net

Lanjusoh
Fri | May 29, 09 | 6:35:12 pm MYT

KUALA KRAI, 29 Mei (Hrkh) - Biarpun tarikh pilihan raya kecil Dun Manek Urai lebih sebulan lagi, namun PAS sudah memulakan gerak kerja jentera pilihan raya secara rasmi hari ini.

Pelancarannya disempurnakan Pesuruhajaya PAS Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di bangunan Pasti, Kampung Baru Manek Urai petang ini.

Biar pun pancaran terik matahari melimpah di atas kepala namun ia tidak menghalang orang ramai hadir.

Hadir sama Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Haji Abdul Fatah Harun, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.Image

Tiga lembu dikorbankan bagi jamuan orang ramai. Kehadiran yang luar biasa itu menyebabkan ramai tidak sempat menjamah juadah disediakan.

Manakala malam ini difahamkan Umno juga mengadakan program di kampung sama yang akan dihadiri Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed bertempat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

Biar pun agak kurang sihat, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap berucap merasmikan pelancaran jentera tersebut.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, tiada sebab pengundi menolak PAS memandangkan pembangunan yang dicanang Umno juga berlaku di Kelantan sama seperti di negeri-negeri lain.

"Umno dan PAS berbeza. PAS menekankan aspek dosa pahala dan segala kerja buat akan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat. Bagaimanapun Umno hanya terhenti setakat dunia sahaja.

Image"Sebab itulah biar pun tugas kita sekadar memasang poster, namun ganjarannya besar akan diberi pahala kerana hasrat kita mahu mendaulatkan Islam," katanya.

Menurutnya Kelantan biar pun hampir 20 tahun diterajui PAS namun pembangunan tetap juga berlaku.

"Begitu juga dengan negeri-negeri lain yang diterajui Pakatan Rakyat sekarang iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kedah juga berlaku arus pembangunan biar pun Umno dan BN tidak lagi menerajui negeri berkenaan," katanya.

Menurutnya sejak menerajui Kelantan pelbagai usaha sudah dilakukan bagi mendaulatkan Islam termasuk memindahkan wang dari bank konvensional ke Bank Islam sehingga ia menjadi ikutan ramai sekarang.

sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas itu Takiyuddin berkata, operasi jentera pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut bermula secara rasmi hari ini.Image

Kata beliau juga esok akan bermula proses meneliti secara terperinci cadangan nama-nama calon yang akan diketengahkan bagi mewakili PAS mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai depan.

Beliau berkata, cadangan nama-nama calon itu akan diangkat kepada Badan Perhubungan PAS negeri sebelum diserah untuk mendapat pertimbangkan PAS Pusat.

Ditanya mengenai kemungkinan calon yang diketengahkan katanya ada di antara merupakan tokoh tempatan dan yang tinggal di luar kawasan pilihan raya.

"Calon-calon terbabit memang berkelayakan, malah kalau hendak dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri pun mereka ada kelayakan," katanya.

Mengenai peluang memenangi pilihan raya tersebut kata beliau harapan agak cerah memandangkan pada pilihan raya umum tahun lepas undi popular yang diraih PAS di Manek Urai lebih 55 peratus.

Malah katanya, pada pilihan raya umum 1999 PAS mencapai undi popular sehingga 60 peratus.

Beliau juga yakin penduduk akan memberi sokongan padu keapada PAS memandangkan semangat yang dipamerkan wakil rakyat sebelum ini begitu memberangsangkan dan Allahyarham begitu dekat dengan penduduk. - mj _



sumber: HARAKAH DAILY


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.

>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

Nik Aziz bakal rasmi bangunan PAS Pahang, 9 Jun - HarakahDaily.net

Basiron Abdul Wahab
Mon | Jun 01, 09 | 3:41:56 pm MYT

TEMERLOH, 1 Jun (Hrkh) - Bangunan PAS Pahang di Jalan Dato' Bahaman 3 akan dirasmikan pada 9 Jun ini jam 4.50 petang oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Ahmadi berkata, program berkenaan dijangka akan turut dihadiri para pemimpin Pakatan Rakyat daripada Parti KeAdILan Rakyat dan DAP selain para pemimpin PAS dari kawasan dan cawangan seluruh Pahang serta para penyumbang Dana Bangunanan PAS negeri.

Pada sebelah malamnya, Tuan Guru akan berceramah bersama Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Tuan Ibrahim Tuan, Pengerusi KeADILan Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman serta Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Rasah, Negeri Sembilan di tapak Kompleks Perhubungan PAS Pahang di Kerdau.

Menurut Roslan, Tuan Guru turut diberi penghurmatan menyampai cek kepada empat waris peserta Dana Taqwa�ItiQa yang menerima manfaat berjumlah RM24,000 ringgit. - mns_

sumber: HARAKAH DAILY


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.


>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

Dr Mansor menang dengan majoriti 5,660 - SiasahDaily.blogspot.com

PULAU PINANG, 1 Jun: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)Dr. Mansor Othman menewaskan tiga calon bebas dalam pilihan raya kecil (PRK) N.12 Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dengan majoriti yang lebih besar jika dibandingkan dengan majoriti yang diperolehi pada pilihan raya umum ke 12 yang lalu.

Dr.Mansor berjaya memperolehi 6,052 undi iaitu majoriti sebanyak 5, 660 berbanding saingan terdekatnya, calon bebas Aminah Abdullah hanya berjaya memperolehi sebanyak 392 undi.

Calon berketurunan Siam, Nai Khan Ari a/l Nai Keow juga hanya berjaya meraih sebanyak 494 undi, manakala Kamarul Ramizu Idris hanya mendapat 56. Ketiga-tiga calon bebas hilang wang deposit mereka.

Kemenangan Dr.Mansor daripada PKR ini telah berjaya memperolehi majoriti yang lebih daripada apa yang telah diperolehi oleh penyandang terdahulu, Mohammad Fairus Khairuddin.

Dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu Fairus berjaya memperolehi majoriti sebanyak 2,219 undi apabila mengalahkan calon daripada Barisan Nasional,Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

Walaupun jumlah yang keluar mengundi hanya 46.15 peratus jika dibandingkan dengan mereka yang keluar mengundi pada Mac 2008 ia adalah berkait rapat dengan beberapa faktor yang terdapat dalam Dun Penanti sendiri.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah menyifatkan jumlah yang keluar mengundi pada kali ini adalah yang paling rendah dalam sejarah pilihan raya di Semenanjung.

Menurut beliau lagi jumlah yang paling rendah ialah di Sarawak pada tahun 2006 apabila hanya 15.3 peratus yang keluar mengundi.

Dalam PRK Dun Penanti sebanyak 15,384 pengundi layak untuk mengundi. 24 daripadanya adalah undi pos. Sebanyak sembilan pusat mengundi yang mana lapan daripadanya adalah sekolah dan satu lagi adalah dewan di Kampung Tun Sardon.

sumber: SIASAH DAILY


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.


>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

Manohara dakwa 'diperlaku seperti binatang' - MalaysiaKini.com

Jimadie Shah Othman | Jun 1, 09 4:15pm Bekas model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot memberitahu sidang akhbar di Jakarta semalam bahawa sepanjang sembilan bulan berkahwin dengan Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, dia "diperlakukan seperti binatang" dan "barang mainan".

manohara odlia pinot kelantan 260509Sidang akhbarnya itu turut disiarkan oleh sebuah stesen televisyen Indonesia - Tran7 - yang kini tersebar melalui Youtube di Internet.

Manohara mendakwa dia menjadi mangsa penganiayaan seksual, fizikal dan mental oleh suaminya.

"Semuanya benar, tiada pembohongan tentang perkara itu. Saya ada bukti," katanya dalam sidang akhbar tersebut.

"Jadi di Kelantan itu, jika saya dibilang puteri, (itu) benar-benar enggak. Saya diperlakukan seperti binatang. Saya dikunci dalam bilik.

"Jika dibenarkan keluar pun, saya dipaksa senyum dan berlakon tiada apa-apa berlaku. Jika tidak, saya akan hadapi masalah apabila pulang nanti," katanya.

truth appeared pix manohara odelia pinot indonesia model with time stamps 230409 05Dalam sidang akhbar tersebut, Manohara turut menyuara kekecewaannya terhadap kedutaan negaranya di Malaysia kerana tidak menyiasat dakwaan beliau didera itu.

"Mereka kata saya gembira dan patut dibiarkan sendiri di Kelantan. Tetapi mereka tidak sekali pun menyiasat atau menelefon saya. Mereka kata, berdasarkan gambar, saya nampak gembiran dan OK," katanya.

'Dakwa kedutaan tak bantu'


Dia juga mendakwa kedutaan Indonesia di Malaysia dan Singapura tidak membantunya ketika berada dalam kecemasan.

"Pada hari Ahad (semalam), saya hubungi kedutaan Indonesia (Di Singapura) dahulu dan minta pertolongan. Mereka menolaknya walaupun ia kecemasan, sebab semalam hari cuti.

"Mereka (kedutaan) minta saya hubungi semula pada hari Isnin (hari ini) dan memohon maaf kerana kerana tidak dapat membantu. Inilah jenis respons yang kamu dapat ketika waktu-waktu kecemasan.

"Inilah Indonesia. Saya harap perkara ini boleh berubah," katanya yang banyak menggunakan bahasa Inggeris dalam sidang media di Jakarta semalam.

manohara odelia pinot tengku fakhry kelantan selangor fa cup final 280409Media Indonesia semalam melaporkan, Manohara yang asalnya mengikuti suaminya menziarahi Sultan Kelantan yang sedang gering dilaporkan "melarikan diri" dan pulang ke Indonesia dengan pertolongan kedutaan Amerika Syarikat di Kota Singa itu.

Bagaimanapun, Mohd Soberi Shafii - sahabat karib kepada Tengku Muhammad Fakhry - berkata "Manohara tidak lari atau dilarikan, sebaliknya pulang dengan izin suaminya".

sumber: MALAYSIA KINI


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.

MinisiteTanpaPhotoshop
>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

Manohara pulang dengan izin suami, kata teman karib Tengku TT - MalaysiaKini.com

Jimadie Shah Othman | Jun 1, 09 1:20pm Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot bukan dilarikan atau melarikan diri, tetapi pulang dengan izin suaminya, Tengku Temenggung Kelantan, kata teman karib pasangan tersebut.

Manohara dalam sidang akhbar di Jakarta semalam mendakwa dia didera oleh suaminya, Tengku Temenggung Kelantan.

manohara odlia pinot kelantan 260509"Tengku Temenggung (Tengku Muhammad Fakhry Petra) tidak ada apa-apa (masalah). Manohara pulang dengan izinnya," kata Mohd Soberi Shafii kepada Malaysiakini pagi ini.

"Bukan dilarikan atau melarikan diri, tetapi pulang dengan izin," tegasnya lagi.

Beliau juga menafikan berlakunya kekecohan antara pihak istana dan ibu Manohara, Daisy Fajarina di sebuah hotel di Singapura semalam.

Menurutnya, dalam kejadian di Hotel Royal Plaza itu, Manohara membuat keputusan pulang ke Jakarta setelah pertemuan panjang selama tujuh jam dengan ibu dan kakaknya Dewi Seri Asih.

Bagaimanapun, Mohd Soberi mendakwa apa yang dikatakan Manohara dalam sidang akhbar di Jakarta itu "menurut arahan dan skrip ibunya" semata-mata.

"Dia (Manohara) takut pada ibunya. Dia hanya ikut suruhan ibunya. Ini semua telah ditetapkan oleh ibunya.

'Atur rancangan'


"Di waktu kecilnya, beliau pernah melihat kegarangan ibunya menyiksa orang gaji ketika di Perancis dahulu," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Soberi menafikan bekas model berumur 17 tahun itu didera secara fizikil, emosi dan seksual, termasuk disuntik hormon bagi menambahkan berat badan oleh Tengku Muhammad Fakhry.

"Tindakan Manohara cuma (diatur supaya) mengiyakan segala cakap ibunya selama ini," kata Mohd Soberi yang juga seorang ahli perniagaan itu.

manohara odelai pinot mother daisy fajarina 230409Mohd Soberi (foto) juga berkata, Daisy telah mengatur rancangan awal bagi membawa pulang anaknya itu.

"Dia (Daisy) sudah aturkan. Di hotel, krew televisyen Singapura sudah ikut dia. Sampai di lapangan terbang di Jakarta, (Manohara) terus dibawa ke stesen televisyen untuk diwawancara," tambah Mohd Soberi.

Ditanya sama ada pasangan diraja itu akan bercerai, beliau berkata: "Terserahlah kepada Manohara. Kalau ingin bercerai, kita ikut proses perceraian. Tengku TT (Tengku Temenggung) ambil sikap serah (keputusan) kepada Manohara," katanya.

Beliau mendakwa, putera ketiga Sultan Kelantan itu juga tidak menyalahkan pihak kedutaan Indonesia atau Amerika Syarikat kerana membantu membawa keluar isterinya daripada kota Singa itu.

Pemeriksaan perubatan


"Beliau tidak salahkan kerajaan. Beliau tidak minta kerajaan selesaikan masalah keluarganya. Rakyat Malaysia tidak bodoh untuk memperalatkan kerajaan untuk kepentingan sendiri," katanya.

manohara odelia pinot tengku kelantan royal indonesia model controversy 210409 02Media Indonesia melaporkan, Manohara dibantu kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Singapura untuk kembali ke Jakarta.

Dia dilaporkan tiba di negara seberang itu kira-kira 7 pagi waktu Indonesia.

Bekas model itu dilaporkan akan mengadakan pemeriksaan kesihatan pagi ini, selain pemeriksaan psikiatri.

Hasil pemeriksaan perubatan itu dilaporkan akan diserahkan kepada peguamnya.

Mengulas perkara itu, Mohd Soberi berkata, Tengku TT mengalu-alukan pemeriksaan perubatan itu.

"Tengku TT alu-alukan. Sudah sampai masanya untuk menunjukkan bukti," katanya.

Usaha Malaysiakini menghubungi Daisy di Jakarta setakat ini belum berhasil.

sumber: MALAYSIA KINI


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.


>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

Naib: Salahudin, Tuan Ibrahim selamat... - MalaysiaKini.com

Jimadie Shah Othman | Jun 1, 09 3:08pm Memasuki minggu terakhir sebelum berlangsungnya pemilihan Agung PAS Jumaat ini, empat calon dijangka terus bersaing sengit sehingga ke saat akhir bagi merebut jawatan naib presiden parti itu.

muktamar pas ke 54 logo 120808Pengamat politik dan sumber dalaman PAS berpendapat, exco kerajaan negeri Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah bakal tersingkir awal dalam pertandingan lima penjuru yang melibatkan tokoh-tokoh popular PAS.

Menurut sumber, bagi mengisi tempat yang dikosongkan tiga naibnya sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat "hampir selamat".

Manakala nasib dua lagi calon, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi Biro Perpaduan Nasional, Mujahid Yusof masih belum pasti.

Bagaimanapun, ekoran tindakan Mujahid yang agak lambat mengumumkan kesediaannya bertanding, Mahfuz dilihat mempunyai sedikit kelebihan berbanding anak bekas presiden PAS, Yusof Rawa itu.

"Tidak seperti timbalan presiden, faktor penentu kemenangan calon bukanlah berdasarkan aliran yang diwakili tetapi populariti," kata sumber itu.

Malah, juga tidak jelas kelima-lima calon kerusi nombor tiga parti itu tergolong daripada kumpulan mana, tambah sumber yang sama.

'Tokoh Kelantan'

Sumber itu memaklumkan, Nik Mohd Amar masih dilihat sebagai "tokoh Kelantan, bukan tokoh nasional".

"Kecuali Nik Aziz dan (Datuk) Husam Musa, (sekarang ini) tidak ada tokoh daripada Kelantan yang dilihat mampu menyerlah di peringkat nasional," katanya.

Sumber itu menambah, terdapat persepsi di kalangan ahli PAS bahawa tokoh dari Kelantan akan memberikan fokus yang lebih kepada usaha pembangunan di negerinya, berbanding menyumbang di peringkat pusat.

Sementara pengamat politik yang arif dengan politik PAS, Zin Mahmud bersetuju bahawa perebutan kerusi naib presiden PAS itu bukanlah pertembungan antara aliran.

Sebaliknya, Zin yang pernah berkhidmat dengan akhbar rasmi PAS - Harakah - dan akhbar politik Watan, berkata ia adalah persaingan antara personaliti dan populariti tokoh bertanding.

Bagaimanapun, beliau yang kini bertugas di sebuah media arus perdana menambah, perkara itu tidak boleh diukur melalui kekerapan berceramah dan publisiti di media, seperti yang diraih Salahuddin, Mahfuz dan Tuan Ibrahim.

"Perwakilan mahukan orang yang boleh bekerja (sebagai naib presiden)," katanya.

Mungkin ada kejutan

Sementara, penolong pengarah Penyelidikan untuk Kemajuan Masyarakat (Refsa), Wan Hamidi Hamid belum dapat meramalkan siapakah bakal memenangi kerusi tersebut.

Refsa merupakan sebuah NGO yang memfokuskan kepada isu-isu berkaitan demokrasi di Malaysia.

Katanya, ini kerana kesemua calon mempunyai peluang yang sama dan mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Beliau bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan berlakunya kejutan di saat akhir selepas pemilihan pada 5 Jun ini.

"Persaingan memilih naib presiden ini lebih terbuka. Akar umbi PAS tidak kisah siapa yang dipilih nanti.

"Demokrasi dalaman PAS daripada sudut ini agak menarik. Naib presiden kerap berubah dalam PAS.

"Walaupun persepsi umum mengatakan ada pertembungan aliran, semua hendak dikaitkan dengan aliran, tetapi sebenarnya tidak begitu.

"Kesetiaan ahli PAS pada ideologi ini lain sedikit. Dengan tiada kuota bertanding seperti Umno contohnya, mungkin nanti ada kejutan di saat akhir," katanya.

sumber: MALAYSIA KINI


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.


>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

Ciri-ciri calon PAS di Manek Urai - MalaysiaKini.com

Jun 1, 09 2:48pm
Imej gabungan profesional dan ulama merupakan ciri-ciri yang akan menjadi petunjuk untuk menentukan siapakah calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai depan.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kedua-dua ciri itu penting bagi PAS meneruskan kesinambungan wakil rakyat terdahulu, allahyarham Ismail Yaacob yang diterima rakyat kawasan berkenaan.

"Ia sebagai kriteria penting untuk kami memilih calon PAS di Manik Urai dan pemimpin itu perlu ada imej ulama dan profesional," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bazar Tok Guru di Kota Bharu hari ini, lapor Bernama

Kompleks perniagaan dinamakan Madinatur Raudhah itu merangkumi rumah kedai, rumah pangsa dan hotel bertaraf lima bintang itu dilaksanakan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan kerjasama Syarikat Sensatimur sdn bhd dan dijangka siap sepenuhnya dua tahun lagi

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Ariffahmi Ab Rahman.

Sementara itu Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS akan terus menggunakan khutbah Jumaat sebagai satu cara berkempen kerana rukun khutbah itu sendiri mengandungi politik, ekonomi dan sosial.

Pilihanraya kecil DUN Manik Urai diadakan berikutan kematian Ismail akibat sakit jantung pada 22 Mei lalu.

sumber: MALAYSIA KINI


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.


>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

Calon KeADILan menang besar di Penanti - HarakahDaily.net

Harakahdaily
Sun | May 31, 09 | 7:30:17 pm MYT

PENANTI, 31 Mei (Hrkh) - Calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Mansor Osman menang besar dengan menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang berlangsung di Penanti hari ini.

Hasil pengiraan yang diadakan, Dr Mansor memperolehi 6,052 undi, manakala Aminah memproleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Dr Mansor menang dengan majoriti 5,558 undi.

Jumlah pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini, menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebanyak 46.15 peratus iaitu kira-kira 7,100 orang berbanding 82.13 peratus dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, dan ia disifatkan terendah dalam sejarah negara.

Plihan raya kecil ini diadakan berikutan perletakan jawatan sebagai Adun Penanti oleh penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan awal bulan lepas.

Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil ini atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha KeADILan untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang. - mns_

sumber: HARAKAH DAILY


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.


>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

Muktamar, dewan 'bedah siasat' perkukuh amanah ahli! - HarakahDaily.net

Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Jun 01, 09 | 2:46:24 pm MYT

Muktamar PAS ke-55 akan berlangsung dengan Dewan Pemuda PAS membuka tirai persidangan pada 3 Jun 2009 bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar.

Sudah sekian lama, Taman Melewar sepi dari persidangan besar seperti ini, kali ini kegirangan dewan Dato' Fadzil Noor akan kembali bergelandangan.

Maka jangan lupa, muka-muka seperti Zubir (disebut Jubir), Mat Zin dan Abdullah Atan akan mula kelihatan sibuk pada hari-hari menjelang, dan semasa muktamar berlangsung di Melewar.

Mereka ini muka tetap yang setia dengan PAS untuk diinfakkan tenaga mereka bagi merealisasikan kerja-kerja persiapan dan perkakasan muktamar.

Seingat penulis, Muktamar terakhir yang berlangsung di Melewar ialah sewaktu adanya pemilihan tahun 2003 yang menyaksikan ketika itu Pengerusi Pemilihan hari ini, Dato' Mustafa Ali menentang Ustaz Hassan Shukri.

Ia masih menjadi kenangan yang sangat berharga kepada penulis yang ketika itu masih 'junior' dalam perkhidmatan Harakah.

Muktamar, adalah dewan bedah perjalanan parti, dewan memilih pemimpin untuk mencorakkan gerakan parti dan dewan menunjangkan arah tujun parti dengan pendekatan yang difikirkan perlu.

Dua muktamar kebelakangan ini menatijahkan kesepakatan walaupun media-media arus perdana terutamanya Utusan Malaysia cuba memporak perandakan PAS dengan laporan yang memualkan.

Lantas, sebaik sahaja selesai pemilihan sebelum ini, kesepaduan kembali utuh dan natijahnya PAS melakar kemenangan dengan kerjasama Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Kemenangan ini manis, dan ia menjadi titik tolak kepada PAS dalam menilai sokongan pelbagai yang kini hadir kerana 'percayanya' mereka kepada kejujuran dan keikhlasan PAS dalam melayari perjuangan.

Seperti kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiap kali Muktamar PAS berlangsung, akhbar arus perdana akan memainkan cara lama.

Seperti dimasa muktamar lalu akhbar arus perfana cuba menimbulkan beberapa perkara yang negatif supaya PAS dipandang negatif oleh umum, memetik kata Ustaz Hadi dalam wawancara Harakah sebelum ini.

"Alhamdulillah sehingga kini terbukti itu adalah maklumat yang bohong.Dalam hal ini sepatutnya rakyat melihat negeri-negeri yang diperintah oleh PAS ini ada gambaran jelas yang libatkan wakil rakyat PAS selamat dari politik wang dan bahkan tiada seorangpun wakil rakyat PAS yang berjaya dibeli," katanya.

Nah, peringatan Presiden PAS perlu diambil peringatan yang amat penting agar pemimpin dan ahli memikirkan 'psywar' yang kini mula dijalankan akhbar arus perdana terutamanya Utusan Malaysia dalam merencanakan rencah dalam pemilihan PAS.

Ingat sahaja pada pilihan raya umum lalu, akhbar-akhbar arus perdana ini memainkan peranan memfitnah, memaki dan memburuk-burukkan.

Natijahnya, PAS hingga rakyat sendiri mengajar mereka dengan menumbangkan Umno/BN di lima negeri yang sebelum ini sukar ditembusi pembangkang.

Berbalik kepada persoalan muktamar dan keadaan massa hari ini.Membincangkan persepsi yang mula dilakarkan akhbar arus perdana terhadap PAS, maka perwakilan perlu meneliti sebaik mungkin 'psywar' yang sedang berjalan ini.

Memandangkan krisis yang cuba dimomokkan akhbar arus perdana kononnya berlaku dalam PAS antara kelompok, perang ini tak harus dihadam perwakilan sebagai satu maklumat yang menyatakan benar parti kita sudah berpecah seperti Umno.

Tidak, seperti kata Presiden, yang membulatkan pendirian bahawa ' "gembar-gembur yang ditimbulkan oleh pihak luar laksana mereka yang lalu di halaman rumah kita dia dengar bunyi-bunyi dia kata kita bergaduh, kita tak bergaduh sebenarnya kita susun perabut rumah kita,

"Itu biasa dalam pemilihan itu bukan pergaduhan dalam parti apa yang berlaku masing-masing memberi pandangan dan hujah dan ahli kita matang dalam menentukan dimana perubahan yang hendak kita lakukan dalam muktamar akan datang," katanya memetik wawancara sebelum ini.

Nah mesej Presiden ini jelas kepada seluruh ahli dan perwakilan agar 'psywar' yang berjalan kini mampu ditangkis dengan bijak, sementara mereka boleh memilih dengan bijaksana.

PAS akan terus bergerak sebagai sebuah parti yang menanti 'riwayat Umno' berakhir.

Seperti kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar yang menyarankan kepada perwakilan agar memantapkan ilmu mereka untuk mencernakan idea-idea yang 'bijaksana' supaya ia boleh diadun oleh kepimpinan yang akan dipilih selepas ini untuk menggerakkan parti.

Sementara perihal pemerkasaan parti wajar disentuh dengan bijaksana tatkala perwakilan membahaskan ucapan dasar Presiden PAS dengan memikirkan sensitiviti semua pihak.

Longgokan idea yang bernas bakal mewarnakan PAS kepada satu lanskap yang baharu yang lebih mantap dan mendapat kepercayaan seluruh entiti masyarakat.

Di peringkat kepimpinan, perihal amanah yang telah diberikan ahli kepada mereka haruslah dijaga sebaik mungkin kerana ia bakal dikira sebelum meniti 'titian Sirat' nanti.

Jangan abaikana amanah itu tatkala kita sudah selesa berada di persada kerana kita bakal dihukum ahli apabila mereka terasa kecewa dengan perbuatan kita.

Pesan akhir wawancara bersama Presiden PAS boleh diambil ikhtibar, "Jadikan muktamar dengan cara yang sopan dengan sebaiknya dan tenang, tidak dipengaruhi oleh cara yang tidak bersopan".

"Saya percaya sokongan kepada PAS kini meningkat lagi dan kematangan ahli dan perwakilan akan bertambah lagi.

Selamat bermuktamar....../wann _

sumber: HARAKAH DAILY


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.

MinisiteTanpaPhotoshop
>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

TKM 1: Dr. Mansor angkat sumpah Rabu - SuaraKeADILan.com

Monday, 1 June 2009 • Kategori: Berita Negeri, Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Pulau Pinang

Anna Yusof

BUKIT MERTAJAM, 1 Jun (SK) : Timbalan Pengerusi KeADILan Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman yang memenangi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti semalam akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I Negeri Pulau Pinang Rabu ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini malam tadi.

Beliau berkata majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan pada sebelah pagi.

“Saya akan syorkan supaya Dr. Mansor dilantik sebagai TKM1 nanti,” katanya.

Dalam pada itu Lim turut mengucapkan tahniah kepada Dr. Mansor dan beranggapan bahawa kemenangan beliau itu adalah kemenangan rakyat.

“Ini adalah kemenangan rakyat, kita akan terus bekerja untuk rakyat,” katanya.

Malah perkembangan itu turut dinyatakan oleh Penasihat Dap, Lim Kit Siang dalam laman blognya.

Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

sumber: SUARA KEADILAN


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.


>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

PKR bantah UMNO ceramah di Penanti - SiasahDaily.blogspot.com

Oleh Mohd Ali Hashim

PULAU PINANG, 29 Mei: Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Faris Musa mengecam tindakan Barisan Nasional(BN)terutamanya Umno yang cuba mengganggu proses pilihan raya kecil(PRK) di N.12 Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dengan menganjurkan beberapa siri ceramah dalam Dun Penanti.

Menurut beliau lagi tindakan Umno bahagian Permatang Pauh menganjurkan tiga siri ceramah yang dikenali sebagai majlis penerangan 'Kenapa BN tidak bertanding'itu adalah satu pencerobohan hak dan mencemarkan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) yang tidak membenarkan mana-mana parti yang tidak bertanding untuk mengambil bahagian dalam apa jua siri ceramah termasuklah memasang bendera parti.

Baru-baru ini bendera parti DAP telah diturunkan oleh SPR di Dun Penanti kerana didapati parti tersebut tidak bertanding dalam PRK tersebut.

Namun begitu siri ceramah yang dianjurkan oleh Umno ini menonjolkan exco pemuda Umno Malaysia, Lokman Noor Adam, Ustaz Kamal Saidin dan Haji Abdullah Bahari sebagai penceramah bertempat di Dewan Umno bahagian Permatang Pauh, Sg. Semambu, Dewan Kuala Mengkuang dan Dewan Guar Perahu, Penanti.

Faris bersama-sama dengan Ketua Penerangan AMK Permatang Pauh, Mohd Syukri Hamid telah membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Semang, Penanti terhadap Umno bahagian Permatang Pauh.

Umno didakwa melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh SPR kerana mengadakan ceramah politik dalam Dun Penanti sedangkan BN tidak bertanding dalam PRK kali ini. "Kita berharap SPR telus dalam perkara ini apabila jelas memperlihatkan bahawa BN dan Umno telah melanggar undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.Kita ingin melihat mereka menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan," katanya.

Sebelum ini Umno juga didakwa menganjurkan lawatan ke Wang Kelian kepada pengundi dalam Dun Penanti secara percuma pada hari pengundian yang akan berlangsung pada 31 Mei ini.
Mereka yang turut serta juga difahamkan akan ditanggung kos pengangkutan dan perbelanjaan sepanjang perjalanan pada hari tersebut.


sumber: SIASAH DAILY


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.


>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

Amalan BN sekarang sama dengan PKM dulu - Nik Aziz - SiasahDaily.blogspot.com

PULAU PINANG,28 Mei. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma.
Menurut beliau lagi tindakan yang dilakukan oleh BN selama ini adalah mirip kepada apa yang dilakukan oleh PKM.

"Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi.Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja.

"Oleh kerana itu siapa sahaja yang mengamalkan fahaman nasionalisma maka ia juga adalah serupa dengan PKM yang melakukan kezaliman,pembunuhan,kerosakan dan bermacam-macam lagi ancaman pada zaman darurat dahulu sehingga ramai yang sengsara.

"Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang.Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah.Bukankah ini juga semacam dengan mereka."

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam.

Dalam ceramah itu beliau juga menyentuh mengenai kedudukan BN yang semakin terancam dengan perpecahan yang begitu ketara berlaku semasa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita lihat apa yang berlaku dalam parti PPP.Mereka mulai berpecah kepada dua presiden.Begitu juga di Trengganu yang berpecah dalam kumpulan Umno yang memerintah negeri disana.

"Di Perak juga berlaku kemelut yang sehingga ini rakyat tidak dapat menerima apa yang telah diputuskan walaupun hak rakyat untuk meimilih harus diserahkan kepada rakyat membuat pilihan terbaik," katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.


sumber: SIASAH DAILY


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.


>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

TAJAAN BLOG

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk ini. sebanyak RM30!!! sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com atau (sila ke post ini).

>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!