Wednesday, May 13, 2009

'Pistol dibawa masuk ke sidang DUN 7 Mei'

Andrew Ong | May 13, 09 2:28pm Wakil rakyat DAP menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan mereka bahawa senjata, termasuk sepucuk pistol, dibawa masuk ke dalam sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu.

hee yit foong holding device at yew tian hoe in perak state assembly dewan 070509 zoom inSetiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, senjata itu dibiarkan
MCPX
MCPX
dibawa masuk walaupun terdapat kawalan keselamatan yang ketat dan pengesan logam turut dipasang pada hari berkenaan.

Beliau juga menyebutkan contoh ADUN Jelapang, Hee Yit Fong memiliki satu alat penyembur pemedih mata, sebagai satu lagi contoh senjata dibawa masuk ke dalam dewan.

"Mungkin (kakitangan keselamatan) hanya berminat memeriksa Pakatan (Rakyat)," kata Nga dalam sidang akhbar di ibupejabat DAP Perak di Ipoh hari ini.

Satu klip video turut ditayangkan dalam sidang akhbar tersebut yang menunjukkan seorang lelaki berpakaian putih, dilihat seperti mencapai satu objek yang terselit di belakang seluarnya. Objek itu bagaimanapun tidak dapat dilihat dengan jelas.

person suspected to carry a weapon in perak state assembly building on 070509 130509Insiden tersebut berlaku sejurus selepas berbelas individu yang tidak dikenali menyerbu masuk ke dalam dewan untuk membawa keluar Speaker V Sivakumar.

Ditanya sama ada terdapat sebarang peraturan tetap dewan yang melarang senjatapi dibawa masuk ke dalam DUN, Sivakumar berkata, tidak ada, tetapi larangan itu merupakan amalan yang digunakan di seluruh dunia.

Katanya, terdapat sebuah bilik khas yang disediakan di bangunan SUK bagi membolehkan individu menyimpan senjata mereka sebelum masuk ke dalam DUN.

sumber: MALAYSIA KINI

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana berkomen di sini. tiada moderating komen dilakukan di laman blog ini. jadi, berkomenlah sebaiknya; jika tidak admin akan ambil tindakan tegas kelak. SPAM SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN!!!

TAJAAN BLOG

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk ini. sebanyak RM30!!! sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com atau (sila ke post ini).

>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!