Realiti nya tidak semua YB itu sempurna. Baik PAS, PKR dan DAP. BN usah cerita la.
Ramai juga YB dalam PR sendiri pun yang tak boleh pakai. Contoh sudah ada. Kemenangan pada PRU12 dulu memang mengejutkan mereka. Ada yang berkata, “Aikkk … Tunggul ni boleh menang?”.
Yang betul tetap betul, salah tetap salah. Kita tak pilih kasih dalam urusan ini. Yang betul kita puji .. walaupun di dalam BN. Yang salah, kita kritik walaupun dalam PR.
Sedang kita cuba pantau kelemahan kelemahan pemimpin PR, sekali lagi mereka telah di selamatkan dengan insiden terbaru di Perak. Sikap buta undang undang dan perlembagaan, maka masing masing dengan alasan masing masing. Semalam, kita saksikan bagaimana bodohnya wakil rakyat pada perlembagaan yang di cipta sendiri. Kalau aku ni tak belajar undang-undang dan tak betul memberikan pendapat, harap maaf. Tapi professor, pensyarah dan ahli ahli bijak pandai pun dok bertegang leher.
Ada yang tak kena ! …
Tapi apa yang tak kena? Semua dah kacau bilau, semua dah keliru.
Susah sangat kah untuk pulang kan kuasa kepada rakyat?
Memang susah ....... sebab rakyat tidak mampu di beli. Kalau RM1 juta boleh beli katak, dengan RM1 juta .. tak boleh beli rakyat beb. Rakyat untuk di jual ... Tak der sapa nak beli.
Tu pasal ada yang pilih mahkamah. wakakakak…. !
Hellloooo …. Boss RM 1 juta ok ka?
Bantai la situ … pandai buat pandai tanggung. Jangan masuk kampong, selipar kena kat dahi dan batang hidung. Malu dapat, sakit pun dapat.
Wakakak … !!! Lepas ni kita pantau YB YB .,. jangan lari focus !
sumber: WARTA MAYA
Sunday, May 10, 2009
Mari mari mari ... rakyat untuk dijual !
Labels:
barisan nasional,
bn,
pakatan rakyat,
pr,
rakyat,
yang berhormat,
yb
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAJAAN BLOG
>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk ini. sebanyak RM30!!! sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com atau (sila ke post ini).
>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!






























































No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana berkomen di sini. tiada moderating komen dilakukan di laman blog ini. jadi, berkomenlah sebaiknya; jika tidak admin akan ambil tindakan tegas kelak. SPAM SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN!!!