Pengamat politik dan sumber dalaman PAS berpendapat, exco kerajaan negeri Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah bakal tersingkir awal dalam pertandingan lima penjuru yang melibatkan tokoh-tokoh popular PAS.Menurut sumber, bagi mengisi tempat yang dikosongkan tiga naibnya sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat "hampir selamat".
Manakala nasib dua lagi calon, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi Biro Perpaduan Nasional, Mujahid Yusof masih belum pasti.
Bagaimanapun, ekoran tindakan Mujahid yang agak lambat mengumumkan kesediaannya bertanding, Mahfuz dilihat mempunyai sedikit kelebihan berbanding anak bekas presiden PAS, Yusof Rawa itu.
"Tidak seperti timbalan presiden, faktor penentu kemenangan calon bukanlah berdasarkan aliran yang diwakili tetapi populariti," kata sumber itu.
Malah, juga tidak jelas kelima-lima calon kerusi nombor tiga parti itu tergolong daripada kumpulan mana, tambah sumber yang sama.
'Tokoh Kelantan'
Sumber itu memaklumkan, Nik Mohd Amar masih dilihat sebagai "tokoh Kelantan, bukan tokoh nasional".
"Kecuali Nik Aziz dan (Datuk) Husam Musa, (sekarang ini) tidak ada tokoh daripada Kelantan yang dilihat mampu menyerlah di peringkat nasional," katanya.
Sumber itu menambah, terdapat persepsi di kalangan ahli PAS bahawa tokoh dari Kelantan akan memberikan fokus yang lebih kepada usaha pembangunan di negerinya, berbanding menyumbang di peringkat pusat.
Sementara pengamat politik yang arif dengan politik PAS, Zin Mahmud bersetuju bahawa perebutan kerusi naib presiden PAS itu bukanlah pertembungan antara aliran.
Sebaliknya, Zin yang pernah berkhidmat dengan akhbar rasmi PAS - Harakah - dan akhbar politik Watan, berkata ia adalah persaingan antara personaliti dan populariti tokoh bertanding.
Bagaimanapun, beliau yang kini bertugas di sebuah media arus perdana menambah, perkara itu tidak boleh diukur melalui kekerapan berceramah dan publisiti di media, seperti yang diraih Salahuddin, Mahfuz dan Tuan Ibrahim.
"Perwakilan mahukan orang yang boleh bekerja (sebagai naib presiden)," katanya.
Mungkin ada kejutan
Sementara, penolong pengarah Penyelidikan untuk Kemajuan Masyarakat (Refsa), Wan Hamidi Hamid belum dapat meramalkan siapakah bakal memenangi kerusi tersebut.
Refsa merupakan sebuah NGO yang memfokuskan kepada isu-isu berkaitan demokrasi di Malaysia.
Katanya, ini kerana kesemua calon mempunyai peluang yang sama dan mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Beliau bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan berlakunya kejutan di saat akhir selepas pemilihan pada 5 Jun ini.
"Persaingan memilih naib presiden ini lebih terbuka. Akar umbi PAS tidak kisah siapa yang dipilih nanti.
"Demokrasi dalaman PAS daripada sudut ini agak menarik. Naib presiden kerap berubah dalam PAS.
"Walaupun persepsi umum mengatakan ada pertembungan aliran, semua hendak dikaitkan dengan aliran, tetapi sebenarnya tidak begitu.
"Kesetiaan ahli PAS pada ideologi ini lain sedikit. Dengan tiada kuota bertanding seperti Umno contohnya, mungkin nanti ada kejutan di saat akhir," katanya.
sumber: MALAYSIA KINI

>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.

>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!






























































No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana berkomen di sini. tiada moderating komen dilakukan di laman blog ini. jadi, berkomenlah sebaiknya; jika tidak admin akan ambil tindakan tegas kelak. SPAM SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN!!!