Monday, June 1, 2009

2 pemimpin Umno Manek Urai meninggal dunia, PAS rakam takziah - HarakahDaily.net

Lanjusoh
Mon | Jun 01, 09 | 1:31:41 pm MYT

KUALA KRAI, 1 Jun (Hrkh) - PAS kawasan ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua pemimpin Umno di Dun Manek Urai yang meninggal dunia semalam.

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman merakam ucapan tersebut kepada keluarga pemimpin terbabit dan berharap mereka bersabar menghadapi segala dugaan.

Semalam Ketua Penyelia Pembangunan Mukim Dun Manek Urai, Ismail Deraman, 54 dan suami kepada bekas anggota jawatankuasa wanita Umno Kuala Krai, Che Harun Junoh, 68 meninggal dunia.

Ismail meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.

Manakala Che Harun menderita penyakit bengkak hati sejak tahun lepas meninggal dunia di rumahnya di Kampung Manek Urai Baru.

Ismail sebelum ini pernah disebut-sebut sebagai calon Umno di Dun Manek Urai pada pilihan raya umum lepas.

Turut menziarahi jenazah Ismail, Setiausaha PAS Kuala Krai, Mohamad Harun dan pemimpin-pemimpin PAS cawangan di Manek Urai.

Abdul Latif juga berkata, operasi markaz besar bagi pilihan raya kecil Dun Manek Urai sudah bermula Jumaat lalu dan beberapa petugas sepenuh masa sudah memulakan tugas.

"Manakala malam ini diadakan pelancaran operasi Bilik Gerakan PAS Peti Undi di Chuchuh Puteri yang akan dilakukan penasihat jentera pilihan raya Dun Manek Urai, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

"Dijangka hadir sama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun. Pelancaran itu dibuat lebih awal atas permintaan ahli dan penyokong PAS di peti undi Chuchuh Puteri," katanya.

Beliau yang juga Adun Mengkebang berkata, pelancaran bilik gerakan di lapan lagi peti undi lain akan dibuat selepas muktamar ini. - mj _

sumber: HARAKAH DAILY


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk di atas. sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com.


>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana berkomen di sini. tiada moderating komen dilakukan di laman blog ini. jadi, berkomenlah sebaiknya; jika tidak admin akan ambil tindakan tegas kelak. SPAM SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN!!!

TAJAAN BLOG

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti


>>> DISKAUN diberikan bagi setiap pembelian produk ini. sebanyak RM30!!! sila hubungi kami dengan emelkan kepada tawaran@ymail.com atau (sila ke post ini).

>>> KLIK pada banner tersebut dan download secara percuma. Sementara stok masih ada!